Luahan Rasa Di Hening Pagi

Thursday, December 25, 2008


Dingin pagi ini
aku berfikir tentang hidup
untuk apa kita hidup?
kenapa kita hidup?
siapa yang menghidupkan kita?
semakin bertambah umur kita,
semakin dekat kita dengan ajal yang datang tanpa memberitahu,
semakin besar tanggungjawab yang perlu digalas,
tetapi
ramai orang tidak mengetahui hakikat hidup
tujuan hidup adalah beribadat kepada Allah
beribadat hatta dalam urusan hidup sekalipun,
belajar,bekerja,waima makan atau tidur
semua itu ibadat
andai berpaksikan niat lillahi ta'ala,
namun
ada orang enggan memperbaik dirinya,
hidup tidak benar-benar didasari
al-Quran dan as-Sunnah,
hidup lebih condong menentang fitrah arusnya,
amalan wajib sahaja dilakukan,
hatta Kitabullah turut luput dari hati,
lantas bagaimana mahu diangkat diri sebagai orang yang seimbang dunia dan akhiratnya,
akhir kalam,
fikir-fikirlah mutiara kata pujangga
"Kewarakan bukan pada betapa tinggi ilmu agamanya,tetapi betapa tegar dirinya menghayati himah al-Quran dalam kehidupan seharian demi menggapai redha Allah semata-mata"

Wallahu a'lam

Read more...

Untukmu Sayang

Tuesday, December 23, 2008


It was taken from a book that written by Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni; the same writer for La Tahzan.

Pendahuluan


Buku ini cuba menyeru kaum wanita supaya sentiasa bahagia dengan agamanya, gembira dengan keutamaan Allah atasnya, bersuka cita dengan nikmat yang dimilikinya.

Buku ini bak senyuman atau angin sepoi2 bahasa, membawa khabar gembira kepada siapa sahaja yang merasa sempit dadanya, bertindih2 kesusahannya dan semakin bertambah kesedihannya.

Selamat bertemu wahai saudariku… muslimah yang menjadikan Asiah, Maryam dan Khadijah sebagai teladan dan ikutan.

Sejambak Mawar

Kuntum 1:

ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta dan menerima yang bertaubat.

Kuntum 2:

prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.

Kuntum 3:

bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu.

Kuntum 4:

bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikuniakan kepada anda.

Kuntum 5:

ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat segala keinginannya.

Kuntum 6:

contohilah pohon kurma; tinggi cita2nya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling batu, ia akan membalas dengan dengan menggugurkan buahnya.

Kuntum 7:

adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?

Kuntum 8:

Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beoleh ketenangan dan pemeliharaan.

Kuntum 9:

siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.

Kuntum 10:

mandi, berwudhu', memakai wangi-wangiaan dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.

Read more...

Kecantikan Wanita:Di Mana Letaknya?

Thursday, December 18, 2008


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?
www.iLuvislam.com


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat
*dedikasi kepada diri ini dan semua

Read more...

Belajar Blogging dlm Kelas Encik Kerul

Thursday, December 4, 2008

Hari ni,student DEC 4 belajar blogging dengan encik Kerul..

dalam blog boleh letak google adsense..
encik kerul bg link tuk download panduan tuk start adsense kt blog masing2..

blog en. kerul..

Read more...

Analogi Kunci vs Kehidupan

Monday, December 1, 2008


Analogi Kunci Kepada Kehidupan
www.iLuvislam.com
ibnulatef



Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan lepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.

Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama.

Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu per satu kunci dalam gugusan tersebut.

Masaalahnya disini sejauh manakah kita mampu untuk membuka tersebut tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? doa? tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.

Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan.

Kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (999/1000).

Maka, ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah.

Read more...

Lokasi Pelawat

Kongsi