Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

.:: From An Only Servant ::.

Friday, April 23, 2010



.:: From An Only Servant ::.


Redemption from desire
Desires a lonely crier

In the timeless time, before our time
When You called us forth to bear witness
Following the devout
I answered “Yes, without the shadow of a doubt”
Your Spoken Word, was what I’d heard

As I stumbled into wakefulness
As we gathered about
It stirred me within as it shook me without
And the years they passed till the day at last
I awoke with a cry – oh, the pain of severance!

And then I felt it again, and again
But there was a mercy that was hidden in the pain
Ravenous desire, a burning fire
Who am I to claim a share in deliverance?
I can always explain
But my time’s running out, and my guilt is plain

Oh One Who hears, the sound of tears
As they quench the thirst of the earth that I pray on
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on

Oh One Who sees, my arrogant knees
As they kiss the ground in the hopes of redemption
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on

As I took the trust, on ruz-e-alast
The mountains quaked at the consequences
As I pledged to obey
The Earth cried over the ones who’ll go astray

As our ships set sail, and worldly veils
Sent us drifting to our distances
The mind did lose The Way
But the heart kept reminding of yesterday
Now here I am, a broken man

I’ve earned the fate that Your justice regulates
Dry, empty hands
Don’t stop the flow of the hourglass’ sand
Oh Free of Need, You have decreed
Your mercy descends on the one who supplicates
Raised, empty hands
Plead mercy, my Lord, plead a generous hand

Oh One Who hears, the sound of tears
As they quench the thirst of the earth that I pray on
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on

Oh One Who knows the song of those
Who wail in remorse at the sting of separation
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on
Forgive me and relieve me
And a wing of hope, do give me
Just a wing of fear that’s with me
Won’t get me near the Promised Land

Redemption from desire
Desires a lonely crier
Your closeness I aspire
But I can’t carry on if you don’t take my hand

Oh One Who hears, the sound of tears
As they quench the thirst of the earth that I pray on
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on
Oh One Who sees, my arrogant knees
As they kiss the ground in the hopes of redemption
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on

O Lord, we have wronged ourselves, and if You do not forgive us
and have mercy on us, we shall certainly be among the lost

Oh One Who knows the song of those
Who wail in remorse at the sting of separation
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on 


Srikandi Uthman: A meaningful poem that I had just read... Alhamdulillah!

Read more...

Ingin Sekali Aku...

Tuesday, March 30, 2010


Ingin sekali aku
Menjadi si buta
Yang memelihra pandangan daripada yang haram

Ingin sekali aku
Menjadi si tuli
Hanya kerana menjaga 
Nikmat pendengaran sebaiknya
Daripada mendengar kata-kata nista
Daripada membiarkan hati terbelai dengan madah-madah melalaikan
Yang membawa aku jauh dari DIA..

Ingin sekali aku
Menjadi si bisu
Biar mulut terkunci
Andai yang ingin diluahkan
Hanya bakal mengundang dosa percuma

Ingin sekali aku
Menjadi si kudung
Hanya kerana menjaga
Panjangnya tangan untuk mengambil hak orang lain
Panjangnya tangan untuk menyentuh yang belum halal untuk disentuh

Ingin sekali aku
Menjadi si lumpuh
Dari menjejaki jalan-jalan 
Yang membuka luas laluan ke neraka
Yang bikin syaitan melonjak suka

Ingin sekali aku
Merealisasikan apa yang aku inginkan....


Read more...

Aku Bukan Sumayyahmu!

Saturday, March 13, 2010



AKU BUKAN SUMAYYAHMU!

Suamiku, bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid

Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah

Aku kini hanya mendoakan
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya..bukan aku Sumayyahmu
Dalam tangis ku cuba senyum ketika kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim

Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat!


http://genta-rasa.com/2010/03/11/bukan-cinta-biasa/




Read more...

Kehidupan

Tuesday, March 9, 2010


KEHIDUPAN

Alunan azan gemersik
Mendayu menyentuh hati kerdilku
Sesayup kemudian
Ku termangu
Mengimbau kembali segala dosa silamku
Pada-Mu

Hidup ini penuh ujian
Hanya yang tabah
Mampu merintanginya
Yang tidak tabah
Jauh
Tersingkir dari landasan kebenaran

Lantas ku pinta pada-Mu
Teguhkanlah ikatan keimanan
Walau dibanjiri hasutan
Walau didatangi dugaan
Walau disinggahi kekangan
Agar lancar ku susuri
Anugerah kehidupan

~ antara sajak terlama..tetapi dengan sedikit penambahan.. :)

Read more...

Pagi di Bumi Ilahi


PAGI DI BUMI ILAHI


Matahari mula menyinar

Tatkala burung mula berkeliaran

Seperti selalu
Demi mencari rezeki

Limpahan Allah yang Maha Pemurah

Kepada setiap hamba yang diciptakan-Nya


Ku mendongak

Melihat keindahan kala ini

Saat terpancar sinar mentari

Menerangi manusia di pasak bumi


Keriuhan mula bernyanyi

Mengikut rentak-rentak simpang siur kenderaan

Yang menyusuri jalan-jalan sesak

Memburu rezeki anugerah Ilahi


~ antara sajak paling lama yang pernah dikarang...tidak lebih 9 tahun kot.. :) but with some editing..hehe


Read more...

Seorang Da'ie Itu

Tuesday, September 29, 2009


Peliknya da'ie ini
Orang lain hujung minggu
Jalan-jalan atau 'shopping',
Hidup da'ie ada dua sahaja:
Pergi program dan study

Peliknya da'ie ini
Orang lain sibuk tengok
"Kyle XY" atau main CS terbaru,
Da'ie ini ada dua sahaja:
Belajar atau program
(Usrah atau meeting)

Peliknya da'ie ini
Jika orang biasa,
masa santai kena tengok movie atau siri korean,
Bagi dia, masanya itu untuk catch up bahan-bahan bacaan,
Untuk prepare pengisian dalam
Kuliah/program/usrah

Peliknya da'ie ini
Duitnya entah ke mana
Asyik tak cukup sahaja
Balik-balik kena cari sponsor,
Tapi orang tak nampak
RM 5, RM 10, RM 50, duitnya itu...
Semuanya untuk apa?

Duit minyak, transport, bantu orang susah, infak...
Manalah ada untuk diri sangat

Hmm,apa lagi ya yang pelik pasal da'ie ini
Hidup pun kadang tak terurus
terlupa itulah inilah, macam-macam
Tapi itulah da'ie
Tetap senyum sahaja dia
Walau dalam hati menjerit
Walau dalam hati dia menangis
Walau di dalam hatinya
Tiada yang memahami



Da'ie itu tetap SENYUM sahaja..

# syukran atas kata-katamu ini, sahabat...

Read more...

Doa

Sunday, August 9, 2009




Ya Allah
bantulah hamba-Mu yang lemah lg hina ini
lapangkan dada
terangi hati

Ya Allah
Kaulah satu2nya pemilik
yang miliki hati ini
yang miliki jasad ini
yang miliki akal ini

maka
Ya Allah
sihatkanlah tubuhku dan tubuh seluruh umat2 Islam seanteronya
Tautkanlah hati ini pada-Mu seerat2nya
mga ia tidak mudah putus dari-Mu
kurniakanlah daku
manisnya halawatul iman
agar
cekal kutempuh dugaan2-Mu

Ya Allah
hamba-Mu ini tidak layak meminta pada-Mu
lantaran diri ini
sering menderhakai-Mu
Namun Ya Allah
ku mohon jua
kerana ku tahu
kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang
kerana hakikatnya kasih-Mu padaku
melebihi kasih ibuku...


Read more...

Luahan Hati yang Resah

Tuesday, June 16, 2009

Oh ya Rabb!

Kau Maha Mengetahui

Betapa ku rindukan syahid di jalan-Mu

Walau diri ini tidak layak memperolehnya

Lantaran hati ini dipalit gumpalan hitam

Yang menghibakan aku setiap kali mengenangkannya

Oh ya Rabb!

Ampuni daku

Teguhkan imanku

Teguhkan imanku

Teguhkan imanku

Sentiasalah bersamaku ya Rabb!

Jangan pernah lagi kau biarkan ku hanyut

Dek pemikiran sekular yang ditularkan oleh musuhmu

Dan madah berhelah musuhku yang terutama, syaitan laknatullah!

Bantulah aku ya Rabb

Melawan nafsuku yang meronta-ronta

Mendamba sesuatu yang tidak sepatutnya ku damba

Maka ya Rabb

Kurniakan aku cinta

Cinta kepada-Mu untuk memenuhi jiwa dan jasadku

Cinta kepada-Mu untuk aku tenang menjalani hidup ini

Lantaran jiwa ini kosong,tidak bermakna tanpa kehadiran-Mu

Sungguh ya Rabb! Aku rindu pada-Mu

Cintailah aku juga ya Rabb!

Cintailah aku juga ya Rabb!

Cintailah aku…

Aku mohon

Aku mohon

Aku mohon ya Rabb!

Dengari dan kabulkanlah permintaan ini!



Read more...

Tazkirah Buat Diri

Thursday, March 5, 2009

Kembalilah wahai diri
Kepada fitrah azali
Perteguhkan iman di hati
Persetankan bisikan duniawi
Yang membelenggu diri

Bangunlah wahai diri
Kembalilah kepada Rabbi mu
Cukup sudah apa yang telah kau perbuat dahulu
Usah kau tangguh
Andai kau ingin berhijrah
Kerana hidayah Allah hanya sekali
Carilah hidayah itu wahai diri yang hina lagi kerdil di sisi Rabbi

Astaghfirullahal 'azim
Sedarlah wahai diri
Allah S.W.T. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Biarpun dosamu sepenuh bumi
Asalkan tidak menduakan-Nya
Tetap diampuni-Nya
Sedarlah diri!
Usah lagi kau meninggi diri
Kembalilah!
Kembalilah!
Kembalilah wahai diri!
Kepada fitrah insani

Tinggalkan pesona dunia
Yang di luarnya disalut keasyikan
Namun hakikatnya penuh debu kejahilan
Penuh debu penipuan
Penuh debu kepalsuan

Berusahalah wahai diri
Persiaplah wahai diri
Sebelum kau hembus nafas akhirmu

Namun, usah kau lupa pada temanmu
Sahabatmu
Pandulah dia
saudara seIslammu
Menuju Nya
Usah lagi kau jadi hamba yang mementingkan diri
Namun,
Andai dia enggan dipandu
Usah bersedih wahai diri
Sematlah di hati
sesungguhnya Allah sahaja yang mampu
menggerakkan hati-hati

Wahai diri yang ku sayangi
Teguhlah dikau di jalan suci
Moga Allah meredhai...









Read more...

Luahan Rasa Di Hening Pagi

Thursday, December 25, 2008


Dingin pagi ini
aku berfikir tentang hidup
untuk apa kita hidup?
kenapa kita hidup?
siapa yang menghidupkan kita?
semakin bertambah umur kita,
semakin dekat kita dengan ajal yang datang tanpa memberitahu,
semakin besar tanggungjawab yang perlu digalas,
tetapi
ramai orang tidak mengetahui hakikat hidup
tujuan hidup adalah beribadat kepada Allah
beribadat hatta dalam urusan hidup sekalipun,
belajar,bekerja,waima makan atau tidur
semua itu ibadat
andai berpaksikan niat lillahi ta'ala,
namun
ada orang enggan memperbaik dirinya,
hidup tidak benar-benar didasari
al-Quran dan as-Sunnah,
hidup lebih condong menentang fitrah arusnya,
amalan wajib sahaja dilakukan,
hatta Kitabullah turut luput dari hati,
lantas bagaimana mahu diangkat diri sebagai orang yang seimbang dunia dan akhiratnya,
akhir kalam,
fikir-fikirlah mutiara kata pujangga
"Kewarakan bukan pada betapa tinggi ilmu agamanya,tetapi betapa tegar dirinya menghayati himah al-Quran dalam kehidupan seharian demi menggapai redha Allah semata-mata"

Wallahu a'lam

Read more...

Lokasi Pelawat

Kongsi