Coklat Pertamaku
Thursday, January 20, 2011
Assalamu'alaykum buat sahabat-sahabat, saya mendoakan kalian sihat sejahtera dalam lindungan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH lah pelindung yang paling terbaik sekali buat hamba-hambaNYA.
Maaf kerana telah beberapa kali blog ini dibiar sepi, tanpa update terbaru buat dikongsikan bersama sahabat-sahabat.
Post kali ini, saya ingin bercerita tentang satu lagi hari yang bersejarah dalam kehidupan saya. Tetapi ini bukan soal perkahwinan, saat dan orangnya belum tiba. Beliau tengah mempersiapkan dirinya sebagai seorang Muslim yang sejati, dari segi ilmu, jiwa, dan dari segi segalanya, seperti apa yang saya sedang lakukan. Insha Allah, bi iznillah.
Jadi apa sebenarnya yang saya telah lalui ni..? hehe. Berceloteh panjang bab lain pula! :D
Sebenarnya pada 19/1/2010, saya telah mengikuti KELAS COKLAT yang diadakan di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, sebelum ini saya pernah ingin mengikuti kelas coklat di area Sri Kembangan dan Gombak sahaja, tetapi atas beberapa kekangan, saya terpaksa membatalkannya. Alhamdulillah beberapa minggu lepas, saya mendaftarkan diri untuk menghadiri kelas coklat di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. Bi iznillah, semuanya berjalan lancar walaupun saya telah lewat ke kelas atas masalah kenderaan dari KUIS (Tempat saya menjadi "individu baru Muslim" di samping mempelajari Diploma Teknologi E-Dagang). Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan buat sahabat saya Kak Syira yang telah menghantar saya ke lokasi kelas coklat. Terima kasih sangat kak! Really appreciate it. Barakallahu fik.. :)
Jadi, disebabkan kelewatan saya tiba ke kelas coklat, kelas dimulakan agak lewat juga. Terima kasih saya ucapkan buat kak Siti Maimunah dan juga guru saya, Kak Rahimah kerana sudi menunggu saya.
Jom, saya ceritakan tentang coklat secara ringkas pula...
Secara umumnya terdapat dua jenis coklat yang boleh digunakan untuk membuat coklat candy ataupun disebut coklat Praline. Ia adalah coklat Compound dan Couverture. Perbezaan yang asas antara kedua-dua coklat mengikut komposisinya adalah coklat compound adalah coklat yang diperbuat daripada lemak sayur. Manakala coklat couverture pula diperbuat daripada lemak biji koko. Tentang cara penyediaan kedua-dua coklat pula, pastilah ada perbezaannya. Insha ALLAH, jika sahabat-sahabat mahu belajar dengan saya tentang cara penyediaannya, saya boleh ajarkan, tetapi bukan sekarang ya. hehe.(ada ke orang nak belajar dengan saya?) Kedua-dua coklat boleh didapati dalam bentuk Dark chocolate, white chocolate, dan milk chocolate.
Ini dia hasil coklat pertama buatan saya...
(rasanya ni no.1 saya suka)
(tapi my only brother rasa coklat ni yg no.1 sodap)
(hok ni nombor 2)
2 comments:
salam..
wah..sangat mantap..suke coklat putih tu..sangat romantis!huhu..
ada rezeki kak nak belaja ngan adik ye camne nak wat coklat..serius nih =) ..nak wat tuk hubby kak 4 our 2nd anniversary next year..(*-^)
wa'alaikumussalaam..
Syukran kak..ats komen mmbina smgt..
Boleh aje kak..
Insha ALLAH, bila saya dah mula buka kelas coklat..saya akan maklumkan akk ye..
wah, bertuahnya hubby akk, sy xde hubby lg..jd nk prepare hantaran la tuk bakal hubby..*-*
Post a Comment