Detik Kematian

Sunday, August 23, 2009


Detik Kematian

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Read more...

Sunday, August 16, 2009


13/8/2009

satu tarikh yg mengajar byk erti..

erti kepentingan masa,
erti betapa racunnya kemalasan,
erti betapa peritnya hidup tanpa perancangan.

13/8/2009,

aku telah belajar sesuatu...

Read more...

Doa

Sunday, August 9, 2009




Ya Allah
bantulah hamba-Mu yang lemah lg hina ini
lapangkan dada
terangi hati

Ya Allah
Kaulah satu2nya pemilik
yang miliki hati ini
yang miliki jasad ini
yang miliki akal ini

maka
Ya Allah
sihatkanlah tubuhku dan tubuh seluruh umat2 Islam seanteronya
Tautkanlah hati ini pada-Mu seerat2nya
mga ia tidak mudah putus dari-Mu
kurniakanlah daku
manisnya halawatul iman
agar
cekal kutempuh dugaan2-Mu

Ya Allah
hamba-Mu ini tidak layak meminta pada-Mu
lantaran diri ini
sering menderhakai-Mu
Namun Ya Allah
ku mohon jua
kerana ku tahu
kau Maha Pengasih dan Maha Penyayang
kerana hakikatnya kasih-Mu padaku
melebihi kasih ibuku...


Read more...

Lokasi Pelawat

Kongsi