Bunuh Kecintaanmu..

Saturday, September 18, 2010



Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh buat semua sahabat....

Apa khabar iman, akal dan diri? Harap dalam keadaan sihat sejahtera di dalam jagaan-Nya.Ameen..hanya ALLAH lah sebaik-baik penjaga.

Ingin saya kongsikan frasa dalam buku Di Mana Dia Di Hatiku, karya Ust. Pahrol Mohd Juoi, yang sangat menyentuh fikir dan rasa saya..

Dipetik dari topik: Kill Your Darling!

Cari-carilah di mana kecintaanmu yang mungkin membutakan mata hatimu. Belajarlah daripada kisah Nabi Ibrahim a.s. yang diperintahkan menyembelih kecintaannya Nabi Ismail a.s. - seorang anak yang soleh, taat dan setia manakan mungkin menjadi hijab cintanya kepada yang Esa? Namun ALLAH menguji Nabi Ibrahim a.s., agar mengutamakan cinta ALLAH daripada yang lain.

Siapakah 'Ismail-Ismail' dalam hidup kita? Carilah semua itu di sebalik pendirian, gelaran, jawatan, amal, isteri, teman dan segala yang menjadi kesayanganmu. "Sunting" tulisan hidupmu dengan imbasan dan suluhan doa. Mudah-mudahan ALLAH akan memberikan kita panduan dan keberanian untuk jadi seperti Ibrahim a.s...Kill your darling dalam kehidupan!

Sering kita alpa, bahawa yang paling kita cinta itulah kerap menjadi hijab untuk mendapat CINTA. Bukan untuk menimbulkan dikotomi (pertentangan apalagi dilema) antara cinta manusia dengan cinta ALLAH...tetapi selalunya begitulah kita teruji. Lepaskanlah cinta yang kecil untuk mendapat cinta yang lebih besar. Apabila kita mendapat cinta yang lebih besar, cinta yang kecil akan menyerah dengan rela.

Apakah Nabi Ibrahim a.s. kehilangan Ismail yang rela dikorbankannya? Tidak, bila 'dia' melepaskan Ismail, Ismail kekal menjadi anak yang dicintainya. Malah, dia dikurniakan seekor kibasy yang gemuk sebagai hadiah dan barakah kesediaannya mengorbankan Ismail a.s. ALLAH mengajar kita supaya kill your darling bukan untuk mendera, tetapi beegitulah yang dinamakan cinta..sentiasa menagih ujian.

Selepas diuji layaklah seorang hamba mendapat cinta (manusia) dan cinta (ALLAH) kerana berjaya 'mengorbankan' cinta yang kecil demi cinta yang besar!

~ ALLAH....bukan mudah menggapai cinta ALLAH..cinta ALLAH tidak ternilai harganya..tetapi jangan putus asa..kerana tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan ILAHI..ingatilah, ALLAH sentiasa menanti hamba-hanbaNYA yang ingin kembali meraih cintaNYA..

YA ALLAH YA RAHMAN
YA ALLAH YA RAHIM
SUBHANALLAH WA BIHAMDIHI
SUBHANALLAHIL 'ADZIM.....

Read more...

Kenapa jari-jari kita tak sama rata?

Saturday, September 11, 2010

Lihat jari-jari kita..:)



Salaam 'Eid Mubarak 1431H..

Maafkan saya, kerna sudah 2 bulan tidak mengisi perkongsian di sini.Moga ALLAH mengampuni saya kerana tidak mampu berkongsi dengan sahabat-sahabat dlm tempoh yang agak lama..T_T

Hari ini saya ingin kembali berkongsi hasil pembacaan saya di sebuah blog..:)

Sahabat-sahabat , kenapa ALLAH jadikan jari-jari kita tidak sama rata?

Pertama, jari ibu - Jari ibu ini melambangkan agama ISLAM dan IMAN. Fizikalnya, ibu jari sangat penting, contohnya, jika makan, tanpa ibu jari, maka seseorang itu akan sukar untuk makan dengan sempurna. Apatah lagi, tanpa nikmat IMAN dan ISLAM, maka manusia itu bagaikan sudah mati sebelum mati. Na'udzubillahi min dzalik..

Kedua, Jari telunjuk  -  mewakili 'ilmu.  Analogi mudah, apabila seseorang bertanya kepada sahabat, "Di mana masjid?" Selalunya kita akan tunjuk dengan jari telunjuk.

Ketiga, Jari tengah - Ini jari nafsu.Sekarang, cuba lihat jari anda. Kelihatan "jari nafsu" ini, lebih tinggi daripada "jari ilmu".  Ini bermaksud, walau hebat sekalipun ilmu agama seseorang itu, nafsu tetap mendahului. Maka , sebab itu Rasululullah S.A.W. menggalakkan umatnya mendirikan perkahwinan sesegera mungkin.

Keempat, Jari manis - Jari manis ini melambangkan pasangan yang solehah. Perhatikan lagi jari-jari anda. Jari manis dan jari telunjuk mengapit jari tengah.Ini bermakna nafsu akan terkawal kerana dikawal oleh 'ilmu yang sahih dan pendamping hidup yang soleh @ solehah.

Kelima@Terakhir , Jari kelingking atau jari anak - Dah, namanya jari anak, maka melambangkan anak-anak. :) Jika menginginkan cahaya mata yang soleh dan solehah, terlebih dahulu jadilah soleh @ solehah, insha ALLAH, ALLAH menganugerahkan kita pendamping hidup yang soleh @ solehah. Semoga ALLAH memberkati baitul muslim yang dibina dengan mujahid dan mujahidah yang comel kepada kita untuk diasuh untuk menjadi kebanggaan ISLAM.

~ Subhanallah, indah ciptaan ALLAH. Cuma perlu difikirkan oleh hambaNYA yang berfikir. Fikirlah di landasan kebenaran, berpendukan wahyu ALLAH.

Salam 'Aidilfitri 1431 H..Taqabbalallahu minna wa minkum..


Read more...

Lokasi Pelawat

Kongsi