Perkara-perkara yang Membatalkan Solat

Monday, March 8, 2010



PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1.   Makan dan minum dengan sengaja.
      Jika makan atau minum dengan tidak sengaja atau tidak sedar, maka tidak membatalkan solat.

2.   Berkata-kata dengan sengaja.
      Daripada Zaid bin al-Arqam r.a. katanya: "(Dahulu) kami sering berbicara ketika
     sedang solat. Salah seorang sahabat kami mengajak bicara teman yang berada di
     sampingnya ketika solat, hingga turunlah ayat:
      'Dan laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk.' (Surah al-Baqarah 2:238), maka  
     kami diperintahkan untuk diam dan melarang kami berbicara (ketika sedang solat) 
     (Riwayat al-Jamaah)
      Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam solat itu ada
      kesibukan."(Muttafaq 'Alaih)
      Menurut ulama Syafi'iyyah, ukuran perkataan yang membatalkan solat ialah enam 
      perkataan yang dapat difahami.

3.    Berhadas sebelum salam yang pertama.

4.   Badan atau pakaian terkena najis.

5.   Berdehem, mengeluh, bergurau atau ketawa.
      Jika mengandungi dua huruf atau lebih tanpa uzur dan boleh didengari, kecuali jika
      semua itu terjadi kerana rasa takut kepada Allah atau kerana rasa sakit dan dia tidak
      mampu menahan untuk tidak mengucapkannya.

6.   Banyak bergerak yang bukan gerakan solat.
      Tetapi sekiranya gerakan tersebut sedikit, maka tidak batal solat. Ukuran banyaknya 
      gerakan adalah tiga kali berturut-turut oleh satu anggota dalam satu rukun solat.

7.   Sengaja meninggalkan rukun atau syarat sah solat dengan sengaja tanpa keuzuran
      yang dibolehkan oleh syara' seperti sengaja tidak menghadap kiblat atau berubah niat.

8.   Terbuka atau membuka aurat dengan sengaja walaupun sedikit. Sekiranya tidak
      sengaja, tidak batal solat andai dapat ditutup semula dengan segera.

9.   Makmum yang sengaja mendahului imam.
      Makmum yang sengaja mendahului imam satu rukun solat,. Jika tidak sengaja, maka
      hendaklah makmum tersebut kembali mengikut imam dan solatnya tidak batal.

10. Sengaja memberi salam sebelum solatnya sempurna.

Sumber:
1) Fikh Shalat Empat Mazhab, 'Abdul Qadir Ar-Rahbawi.
2) Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan Dr. Ali al-Syarbaji.

0 comments:

Post a Comment

Lokasi Pelawat

Kongsi