Aku ingin menjadi SRIKANDI...
Thursday, April 22, 2010
~ baru perasan ada ayat yang terbalik..astaghfirullah..alhamdulillah ALLAH gerakkan hati untuk check balik apa yang ditulis.. :)
Perbaiki diri DAN ajak orang lain ^^
|
Sekiranya
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
Buatkanlah agar diriku redha
Dengan ujian yang Kau berikan kepadaku
Tambahkan iman dalam diriku
Untuk aku patuh kepada segala suruhanMu
Jika diberi peluang,
aku ingin menikmati SYAHID.
Berikanlah JIHAD dalam diriku
Untuk menegakkan AGAMAMu...
Ameen ya Rabbal 'aalameen...
1 comments:
salam.. perkongsian yang jujur. dan bermanfaat, insyaAllah..
kita ini bila perlukan bantuan, kepada siapa lagi yang dapat kita pohon. pastilah kepada Dia yang menjadikan kita dan semuanya daripada tiada kepada ada.
sebelum Dia menjadikan ada itu kepada tiada semula, marilah kita sama-sama bermuhasabah..
insyaAllah, salam mujahadah wahai SRIKANDI.
Post a Comment