7 Amalan Seharian bagi Membina Peribadi Usahawan Cilik

Sunday, June 27, 2010



Bismillahirrohmaanirrohiim.

Dengan nama ALLAH, saya mulakan entri baru kali ini setelah lama dibiar usang tanpa ilmu-ilmu yang saya dapat untuk dikongsikan bersama sahabat-sahabat. Perjalanan hidup yang baru ini mengajar ana untuk terus cuba membahagi masa supaya semua hak-hak dapat saya tunaikan, termasuklah hak untuk berkongsi di blog ini..:)

Memulakan langkah setelah tamat sesi pembelajaran diploma, saya mengorak langkah bekerja. Dan minat berniaga semakin bercambah pada masa yang sama.

Best berniaga..alhamdulillah, alhamdulillah ALLAH takdirkan saya berjumpa dengan buku Jejak Bisnes Rasul: Peribadi Bisnes Muhammad bin Abdullah, masa itu alhamdulillah ada rezeki sikit, jadi tanpa fikir panjang, terus saja buku itu dibawa ke kaunter.:D

Alhamdulillah, tidak rugi melabur duit beli buku itu...moga rahsia-rahsia kejayaan perniagaan Rasulullah S.A.W., dapat saya aplikasikan dalam bisnes yang sedang dirangkakan. Moga buku ini dapat memberi faedah kepada saya dalam misi "Mencari untuk memiliki, Memiliki untuk memberi"  demi mencapai visi yang utama mukminin & mukminat...apa ya?? Redha ALLAH..mahu join saya, mengkaji, memahami dan mengaplikasi sunnah Rasul dari sudut bisnes ? Jom beli buku ini... 

Dengan berniaga, bisa membuka laluan ke syurga. Tetapi, hati-hati, dengan berniaga, kita juga bisa menempah neraka.Laluan ke syurga bisa terbuka,contohnya bila kita menjual barang-barang halal untuk keperluan umat, di samping menyelitkan elemen-elemen da'wah, iaitu kefardhuan untuk menerima yang halal sahaja.Laluan ke neraka,terbuka pula contohnya pabila kita menjual barang-barang seperti tudung-tudung yang tidak menepati konsep menutup aurat, Misalnya, tidak cukup labuh untuk menutupi dada. Sedangkan kita sebagai penjual sedar, tudung itu tidak menepati syari'at, tetapi masih lagi menjual tudung tersebut disebabkan permintaan yang tinggi dari pelanggan. Disebabkan ingin keuntungan dunia yang bersifat sementara, kita terpaksa  membayar dengan kesengsaraan di akhirat kerna menyebar luas penggunaan tudung yang "tidak lepas " piawaian syari'ah dengan sengaja.

Pembinaan modal insan usahawan Mukmin ini perlu bermula dari awal lagi, malah ketika dari dalam perut lagi.Ingin saya kongsikan,

7 Amalan Seharian bagi Membina Peribadi Usahawan Cilik:

1. Baca Surah Yusuf semasa mengandung supaya anak dalam kandungan  memiliki semangat berdikari, wajah yang baik dan budi pekerti yang mulia.

2. Ajarkan mereka solat ketika berumur 7 tahun supaya mereka taat kepada Tuhan.

3. Ajar menghormati rezeki ketika makan iaitu dengan membaca doa supaya mereka tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.

4. Didik dengan tahap disiplin yang tinggi terhadap kepentingan masa dan ilmu supaya mereka tidak leka di kemudian hari.

5. Didik dengan teknik pengurusan duit poket supaya mereka bijak berbelanja dan tidak boros.

6. Ceritakan kepada mereka bentuk pekerjaan dan bisnes diri sendiri supaya timbul minat dalam hati mereka.

7. Galakkan mereka bercerita tentang pembinaan kerjaya masa depan. Jika perlu hadiahkan mereka permainan yang beridentitikan kerjaya seperti alat kedoktoran jika mahu mereka menjadi doktor. - Sumber: Buku Jejak Bisnes Rasul, Mohamed Sulaiman Ph.D., Aizuddinur Zakaria, PTS Professional, m.s. 8

Sesungguhnya anak itu ibarat kain putih kosong, ibu bapa yang mencorakkannya.

Akhir kalam, Semoga ALLAH redha dengan kita!

0 comments:

Post a Comment

Lokasi Pelawat

Kongsi