Persediaan Gerakan Islam

Wednesday, May 27, 2009

Orang-orang  yang terdahulu dari kita telah beriman dengan iman yang sungguh mendalam,  suci dan ampuh terhadapnya:

1.      Allah, pertolongan dan bantuanNya. Firman Allah:

    

            “Jika Allah menolong kamu maka tidaklah ada orang yang dapat mengalahkan kamu.”

                                                                                                            (Ali-Imran: 160)

2.      Manhaj (method) Ilahi, keistimewaan dan kesesuaiannya. Firman Allah S.W.T.:


Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan, dengan kitab itulah, Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan.                                            (Al-Maaidah: 15-16)

3.      Persaudaraan, hak persaudaraan dan kesuciannya. Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara.

                                                                                                (Al-Hujurat : 10)

4.      Kebesaran, keagungan dan kelumayanan balasan Allah. Firman Allah:

Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kesusahan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah dan tidak (pula) memijak satu tempat yang membangkitkan kemarahan orang-orang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan ditulis bagi mereka dengan yang demikian itu satu amal soleh, sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.

                                                                                                (At-Taubah: 120)

5.      Mereka percaya kepada diri mereka sendiri, kerana mereka adalah satu jama`ah yang telah dipilih Allah untuk membebas dan menyelamatkan dunia. Dengan itu mereka telah diberikan keistimewaan. Oleh itu mereka adalah umat paling baik yang telah dikeluarkan untuk manusia. Mereka mendengar seruan orang yang menyeru kepada iman, lantas mereka pun beriman.


Sumber: Apa Ertinya Saya Menganut Islam? oleh al-Ustaz Fathi Yakan.


 

                                                                                               

 

 



                                                            

Read more...

Kubu Pertahanan Dari Godaan Syaitan

Tuesday, May 26, 2009


Dirumuskan oleh salah seorang dari para salihin dengan katanya: “Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba ku dapati syaitan memasukinya dari sepuluh pintu:

1.       Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2.       Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3.       Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4.       Kagum pada diri sendiri (‘ujub), lantas aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

5.       Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6.       Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian  Allah kepada makhluk-Nya.

7.       Riya’ dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8.       Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal.

9.       Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu’.

10.   Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Di antara arahan yang dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelakkan diri daripada panah dan tipudaya Iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan semua kerja. Dalam hubungan ini Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang-orang mukmin telah bertemu dengan syaitan bagi orang-orang kafir. Tiba-tiba kedapatan bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan yang gemuk muntal, sedangkan syaitan bagi orang mukmin itu kurus kering dan dalam keadaan dukacita, lantas syaitan orang kafir itu bertanya kepada syaitan kepada orang mukmin:

“Kenapa kamu kurus kering dan dukacita.” Syaitan orang mukmin itu menjawab : “Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. Apabila lelaki itu hendak makan beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus lapar. Apabila minum beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus kehausan. Apabila beliau memakai pakaian beliau menyebut nama Allah, dengan itu aku terus bertelanjang. Apabila beliau memakai minyak rambut beliau menyebut nama Allah, dengan itu rambutku terus kering dan kusut.” Syaitan orang kafir itupun menjawab : “Tetapi aku mendampingi seorang yang tidak melakukan sedikit pun daripada apa yang engkau sebutkan itu. Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanannya, minuman dan pakaiannnya.”

Termasuk juga dalam perkara yang dapat dijadikan sebagai kubu pertahanan ialah menjauhkan makan terlalu banyak, bermewah-mewah sekalipun halal dan bersih.

Rasulullah S.A.W. pula bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah, oleh itu sempitkanlah laluan syaitan dengan berlapar.”(Hadith riwayat Ahmad dan Bukhari)

Di antara benteng-benteng tersebut juga ialah membaca al-Qur’an, berzikir dan beristighfar kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam. Apabila beliau (anak Adam) berzikir syaitan itu akan berundur dan apabila beliau lupa kepada Allah syaitan itu akan mengunyah hatinya.”

Di antara benteng-benteng ini juga ialah menjauhi sifat tergesa-gesa dan sentiasa bersifat hati-hati dalam semua perkara kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Terburu-buru itu dari syaitan dan hati-hati itu dari Allah.” (Hadith riwayat Ibn Abi Shaibah, Abu Ya’la dan al-Baihaqi. At-Tirmidhi meriwayatkan hadith sepertinya dan al-Albani mengatakan sanadnya hassan.)


SUMBER: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? OLEH AL-USTAZ FATHI YAKAN

untuk diriku dan dirimu..(",)




Read more...

Tanda-tanda Ketewasan Jiwa


Apabila hati manusia itu telah mati, atau menjadi keras, apabila akal manusia itu padam dan tidak bercahaya atau menyeleweng, apabila manusia tewas dalam pertarungan dengan syaitan terbukalah pintu-pintu masuk bagi segala kejahatan ke dalam jiwanya, lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui bahawa syaitan itu meresap ke dalam diri anak-anak Adam  sebagaimana darah meresap dan mengalir dalam tubuhnya.

Selain dari itu, suatu penyakit yang paling bahaya yang menimpa mereka yang  telah tewas ialah penyakit was-was. Syaitan menjadikan mereka was-was dalam semua urusan hidup mereka dengan tujuan memesongkan mereka dari jalan Allah yang sebenarnya.


Sumber: APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM? OLEH AL-USTAZ FATHI YAKAN, PUSTAKA SALAM (1997)

Read more...

Tazkirah Buat Diri

Thursday, March 5, 2009

Kembalilah wahai diri
Kepada fitrah azali
Perteguhkan iman di hati
Persetankan bisikan duniawi
Yang membelenggu diri

Bangunlah wahai diri
Kembalilah kepada Rabbi mu
Cukup sudah apa yang telah kau perbuat dahulu
Usah kau tangguh
Andai kau ingin berhijrah
Kerana hidayah Allah hanya sekali
Carilah hidayah itu wahai diri yang hina lagi kerdil di sisi Rabbi

Astaghfirullahal 'azim
Sedarlah wahai diri
Allah S.W.T. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Biarpun dosamu sepenuh bumi
Asalkan tidak menduakan-Nya
Tetap diampuni-Nya
Sedarlah diri!
Usah lagi kau meninggi diri
Kembalilah!
Kembalilah!
Kembalilah wahai diri!
Kepada fitrah insani

Tinggalkan pesona dunia
Yang di luarnya disalut keasyikan
Namun hakikatnya penuh debu kejahilan
Penuh debu penipuan
Penuh debu kepalsuan

Berusahalah wahai diri
Persiaplah wahai diri
Sebelum kau hembus nafas akhirmu

Namun, usah kau lupa pada temanmu
Sahabatmu
Pandulah dia
saudara seIslammu
Menuju Nya
Usah lagi kau jadi hamba yang mementingkan diri
Namun,
Andai dia enggan dipandu
Usah bersedih wahai diri
Sematlah di hati
sesungguhnya Allah sahaja yang mampu
menggerakkan hati-hati

Wahai diri yang ku sayangi
Teguhlah dikau di jalan suci
Moga Allah meredhai...









Read more...

Mutiara Hikmah Dari Kekasih Allah

Tuesday, February 17, 2009

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.


Wallahu A'lam

Read more...

Boilot Produk-Produk Zionis Laknatullah dan Sekutu-sekutunya

Saturday, January 10, 2009


Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Mengikut maklumat yang kami dapat dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia, syarikat yang mengeluarkan barangan-barangan ini dikenal pasti sebagai syarikat yang membantu rejim zionis Isreal laknatullah secara langsung dan tidak langsung.


Kenapakah kita perlu memboikot barangan-barangan ini?Kerana jikalau kita tidak memboikot barangan ini maka kita adalah di antara orang yang sama-sama membantu melubangkan kepala saudara-saudara kita di palestin malah membantu rejim zionis Israel merobek dan mengoyakkan tubuh saudara-saudara kita di palestin.

Telah banyak fatwa ulamak tentang hukum memboikot barangan israel.Jadi apa tunggu lagi.Jika tidak mampu berjihad mengangkat senjata untuk melubangkan kepala-kepala rejim zionis laknatullah tersebut,mari kita bersama-sama dalam kempen ini.Jika sahabat-sahabat melakukan percayalah ia juga salah satu dari cabang jihad dan semoga Allah s.w.t. akan mengganjarkan kita dengan pahala yang besar.


Apa tunggu lagi sahabat-sahabat.Duit-duit kita yang lebih itu hulur-hulurkanlah kepada mereka saudara kita di palestin.Jangan beli barangan yang ada kena mengena dengan Israel.Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berkongsi didalam ruangan ini.Nyatakan product apa dan bagaimana ia terlibat dalam membantu Israel.Di dalam solat kita lakukanlah qunut nazilah 5 kali sembahyang fardhu dan doakanlah kehancuran Israel zionis laknatullah.

#Kerana kod bar ini adalah milik barangan rejim zionis laknatullah yang telah melanggar dunia islam bertahun-tahun lamanya.

Mari bersama-sama kami menyokong kempen ini.Semoga Allah membantu kita menghancurkan negara haram Israel.

Allahu Akbar!!!

Read more...

Rahsia Tarikh Lahir vs Haiwan

Thursday, January 1, 2009





KUCING

01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Feb! ruari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober

ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan
yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap anda yang mudah bergaul menjadikan anda antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri anda itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya anda sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan

KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada
individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih
gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau
berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu
berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata
individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai.
Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling anda untuk menjalinkan
ikatan persahabatan dengan anda. Tidak hairanlah sekiranya individu dari
kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri
walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap anda yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak.Bagi anda, itu semua tidak penting! Prinsip hidup anda, hidup mesti ceria.Selain itu anda juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri anda agak menggusarkan orang di sekeliling anda. Walau
bagaimanapun anda tetap memiliki ramai teman. Emosi anda yang sering
berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling anda sentiasa berhati-hati
ketika bersama dengan anda. Selain itu, anda juga sering dikaitkan dengan
pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang anda miliki, ternyata anda sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
Diam-diam ubi berisi itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian anda.
Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri anda itu harus
dikurangkan. Selain itu, sikap anda yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling anda. Walaupun anda tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling anda sentiasaberasa selamat bila berdampingan dengan anda. anda juga memiliki ramaiteman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri anda telah menarik ramai orang untukbersahabat dengan anda, maka tidak hairanlah sekiranya anda memiliki teman baru saban hari.

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri anda. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap anda kerana andasering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri anda sendiri. Walau bagaimanapun anda adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti talam dua muka.

MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. anda juga tergolong dalam kategori
individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya anda bukannya dari
kalangan individu yang terlalu pemalu, namun anda lebih gemar bersikap
menyendiri dalam kehidupan harian anda.

Wallahu A'lam

Read more...

Lokasi Pelawat

Kongsi