Bolak Balik Hati

Thursday, January 14, 2010



Ya Allah
Sesungguhnya aku
Kala ini
Seakan tidak mampu menanggung dugaan-Mu ini

Ujianku ini
Tidak terbanding ujian saudara-saudaraku yang ditindas zalim
Tidak terbanding ujian-Mu kepada saudara-saudaraku di Palestin
Namun
Ujian ini cukup untuk membuat diriku lemah
Langkahku tempang kerana
Bayangannya yang kerap hadir

ya Allah...

Aku tidak tahu ya Allah
Adakah ini suatu balasan Mu
Atas kealpaan dan dosa-dosa lalu ku
Lantas Engkau jadikan rasa ini
Adalah suatu rasa palsu
Namun
Aku yakin Kau MAHA PENYAYANG DAN MAHA MENERIMA TAUBAT...

Ku pohon cinta-Mu
Cintailah Aku ya Rabb..
Ikhlaskan hatiku merayu cinta-Mu
Moga aku dapat merasai cinta sejati
Tanpa mengharap kasih insan lain


Astaghfirullahal 'azim, astaghfirullahal 'azim, astaghfirullahal 'azim..

YA ALLAH AMPUNI AKU & RAHMATILAH HIDUPKU



Salam Semanis Iman

0 comments:

Post a Comment

Lokasi Pelawat

Kongsi