Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat
Monday, February 15, 2010
Salaamun 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh. Sekadar ingin berkongsi pembacaan ana bersama antum/antunna..moga sama2 beroleh manfaatnya..
Kesalahan Pertama: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kesalahan Kedua: Bertudung tetapi berkemeja-T lengan pendek.
Kesalahan Ketiga: Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
Kesalahan Keempat: Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit, nipis lalu memaparkan bentuk kwasan-kawasan mudah "menggoda".
Kesalahan kelima:Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Kesalahan keenam: Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Kesalahan ketujuh: Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada, daripada bertutup.
Kesalahan kelapan: Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah daripada firman Allah SWT yg bermaksud:
"...Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR..." (An Nur: 31)
Menurut Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi yang dimaksudkan perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, "...iaitu apa sahaja yang dipakai berhias dan untuk mempercantikkan tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, solekan dan sebagainya."
Dalam ayat suci di atas, Allah memerintahkan kepada orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu, para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti 'apa terzahir' itu serta ukurannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradhawi juga, ini tidak sama dengan solekan dan "cat-cat" yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang seperti gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Solekan ini dikategiorikan sebagai berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebabnya prempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Seorang Muslimah harus bersungguh-sungguh menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tersebut memmpunyai paras yang cantik yang sangat dikhuatir akan menimbulkan fitnah.
Kesalahan kesembilan: Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no. 5043; Kanzul Ummal, no. 41245)
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku pada ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata, dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas.
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
Kesalahan kesepuluh: Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai bagi wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki memandangnya. Kita tidak tahu di manakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hati akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan." (Al-Ahzab:32)
sumber: Buku Untukmu Wanita, Zaharuddin Abd Rahman, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Salam Semanis Iman
0 comments:
Post a Comment