Pengorbanan Demi Kebahagiaan

Tuesday, March 30, 2010

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang
saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~


Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu..
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..

http://qhairul-nizam.blogspot.com/2010/02/memang-betulniat-tak-kan-halalkan-cara.html

# mmg matlamat x menghalalkan cara..kita semua tahu..cuma bila nafsu menguasai..ilmu yg diketahui, dibiar sepi..

Read more...

Ingin Sekali Aku...


Ingin sekali aku
Menjadi si buta
Yang memelihra pandangan daripada yang haram

Ingin sekali aku
Menjadi si tuli
Hanya kerana menjaga 
Nikmat pendengaran sebaiknya
Daripada mendengar kata-kata nista
Daripada membiarkan hati terbelai dengan madah-madah melalaikan
Yang membawa aku jauh dari DIA..

Ingin sekali aku
Menjadi si bisu
Biar mulut terkunci
Andai yang ingin diluahkan
Hanya bakal mengundang dosa percuma

Ingin sekali aku
Menjadi si kudung
Hanya kerana menjaga
Panjangnya tangan untuk mengambil hak orang lain
Panjangnya tangan untuk menyentuh yang belum halal untuk disentuh

Ingin sekali aku
Menjadi si lumpuh
Dari menjejaki jalan-jalan 
Yang membuka luas laluan ke neraka
Yang bikin syaitan melonjak suka

Ingin sekali aku
Merealisasikan apa yang aku inginkan....


Read more...

10 Langkah Menyokong Gaza!

Sunday, March 28, 2010


1. Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin seperti jumlah mereka yang syahid, jumlah 
    yang cedera dan kerosakan yang berlaku.

2. Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan sebarkan seluas-luasnya melalui emel, 
    telefon, printed material dan sebagainya.

3. Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah 
    S.W.T. setiap hari, seperti berapa orang askar Yahudi yang dapat ditewaskan dan 
    berapa buah kereta kebal yang dapat ditumpaskan.

4. Telefon pejuang-pejuang di Gaza, beritahu mereka kamu dari mana, dan kongsi perasaan 
    kamu, sokongan kamu, simpati kamu dan keyakinan kamu bahawa mereka akan menang 
    atau dimuliakan dengan syahid. Boleh hubungi nombor ini 009708285xxxx. Tukarkan 
    nombor xxxx dengan sebarang nombor.

5. Lekatkan gambar-gambar Palestin di bilik, kereta, komputer dan sebagainya.

6. Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin seperti ceramah, seminar dan demonstrasi.

7. Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran-jiran, mahallah, surau seperti 
    qiamullail dan solat hajat berkumpulan.

8. Jadikan isu Palestin topik penting perbincangan di kalangan kawan-kawan. Jadikan ia isu 
    pertama yang kamu bicarakan selepas bertanya khabar seseorang. 

9. Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika.

10. Ingat Palestin dalam doa dan solat. Bacakan Qunut Nazilah untuk Israel.

Sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Read more...

Kias Hati

Saturday, March 27, 2010


Tunduk kumalu di depanMu
Kerna ku insan berdosa
Ku adukan sesalanku
Apakah kan kau terima?

Kesunyian ini sedarkan diriku yang hina
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas sedarkan ingatanku pada sempurnaMu
Terpaut aku
Tak berpaling

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga
Suluhkan cahaya menerangi langkahku
Serlahkan segala kiasan indah cintaMu
Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang kau singkirkan taubatku
Ku rayu kau hulurkan keampunanMu padaku
Telah kuzalimi diriku

Janjiku padaMu
Abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan kupulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga

Tak kutemu di manakah hentinya rayuan taubatku padaMu...
 
 
 
Tuhan...
Ku bisikkan
Kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
 
 
Tuhan...
Ku bisikkan
Kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
 
Tuhan..
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
 
Bisikan ku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Tuhan...
Ku bisikkan
Kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
 
Tuhan..
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
 
Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada qudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan...
Ku bisikkan
Kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
 
Tuhan..
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan
 
Ujian kepahitan
Di dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada qudratMu
Ia membina rohaniku
 
 
Tuhan...
Ku bisikkan
Kerinduan
Keinsafan
Pengharapan
 
Tuhan..
Ku sembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

 


Read more...

Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS telah berkata...

Friday, March 26, 2010



"Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad.

Kami telah dipilih oleh Allah S.W.T. untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.

Kami juga telah dipilih Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.

Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Illallah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Kami akan terus tetap dalam perjuanagan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.

Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.

Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan  hari pembalasan.

Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua.

Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.

Read more...

Untukku dan Untukmu

Thursday, March 25, 2010

Assalamu'alaikum...

Salam sehening pagi buat sahabat-sahabat pelawat blog ini.

Alhamdulillah, saya telah mendapat award pertama dari tasbihcinta



Syukran ukhti atas awardnya, terharu saya di Gombak nih.=) Moga persahabatan kita diredhai-Nya...

Tapi, sebelum itu, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan:

1. Thank and link the person that gave you the award.
2. Pass this award to 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.

(malam-malam ni, saya kena serangan malas nak menterjemah.,hehe.)

Sebagai penghargaan buat sahabat-sahabat bloggers, yang banyak mengetuk minda saya..ingin saya sampaikan anugerah ini kepada:


Kini, stage seterusnya..

7 perkara tentang saya..ermm, ermm..hehe

1. Sedang menunggu result terakhir untuk diploma di KUIS...
2. Anak ke 3 dari 7...
3. Ingin menyambung pengajian dlm Degree in Business Admin with E Commerce di KUIS...
4. Sukar dipisahkan dengan muzik...
5. sedang mencari pekerjaan sementara ..
6. Teliti dan peka terhadap keadaan sekeliling
7. Punya keinginan besar untuk membaiki diri dan ajak orang lain untuk turut sama dalam pembaikan diri agar sama2 dapat melangkah seiringan dalam perjuangan.


Read more...

Tips Menepis Cinta Remaja

Wednesday, March 24, 2010



Buat diriku dan dirimu...

1. Tegas dengan prinsip diri.

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh atau solehah (buat muslimat).

4. Mengekang hawa nafsu.

5. Mendekati majlis ilmu.

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis...!

Sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Fatimah Syarha Mohd Noordin


Read more...

Awas! Bahaya Cinta Sebelum Kahwin



Bismillaahirrohmaanirrohiim.

Salaam 'alaykum buat sahabat-sahabat visitor blog saya. Saya ingin kongsikan buat antum/antunna tentang bahayanya cinta andai berlaku sebelum kahwin.

1. Pasti kelak diri ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal seumpama membuka pintu bagi 
    syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan kita daripada-Nya.

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu.

4. Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan 
    syaitan.

5. Cinta lalai akan menyebabkan kita alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan 
    dunia dan akhirat.

6. Kita boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

7. Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

8. Jiwa terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diri.
9. Jika kita dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar 
   maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat yang bakal lahir pastinya.


Na'uzubillah...cinta itu memang fitrah. Namun, selagi ianya belum halal, sama-samalah kita berhabis-habisan mengawalnya sehingga tiba saatnya. Doakan agar saya, awak dan sahabat-sahabat upaya untuk bermujahadah. Bukan namanya mujahadah, jika ianya mudah!

Sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Fatimah Syarha Mohd Noordin.


Read more...

Surat buat diriku

Sunday, March 21, 2010




Bismillaahirrohmaanirrohiim.Alhamdulillah hari ini 21 Mac 2010, genap usiaku 21 tahun. Pertambahan usia kali ini benar-benar mematangkanku.

Setelah beberapa mehnah yang telah Allah beri kepadaku, aku merasakan betapa banyak dosa yang telahku lakukan. Walau lewat ku sedari, semuanya adalah kaffarah dan peringatan Allah SWT kepadaku setelah betapa banyak dosa yang ku lakukan sama ada dalam keadaan sengaja, tidak sengaja, terpaksa atau separa paksa.Alhamdulillah kerna diri ini pernah melalui proses2 tarbiyyah daripada kakak2 naqibah, sahabat-sahabat seperjuangan dan sahabat-sahabat karib dan juga masyarakat sekeliling. Thank you Allah atas nikmat ini! Aku terfikir, bagaimana jika Allah tidak pernah berikan aku nikmat merasai tarbiyyah, adakah aku dapat sedar sebegini? Segalanya mungkin dengan izin-Nya. Namun, tarbiyyah ini lebih meneguhkan jiwaku yang rapuh.

Genap usia 21 tahun, inilah masanya, dan aku harap Allah meredhai pilihan ini untukku menjadi sebenar-benar Srikandi atau Mujahidah Islam. Sungguh,terlalu banyak pembaziran masa, pemungkiran janji yang telah ku lakukan. Ya Allah, betapa hambaMu ini zalim terhadap dirinya sendiri! Ampuni aku ya Allah..


Ya Allah,
Betapa agung rahmat-Mu
Buatku
HambaMu yang berdosa

Kerna Kau Maha Penyayang lagi Maha Pengampun
Kau detikkan hati ini 
Agar aku sedar jauhnya diriku dariMu
Agar aku sedar zalimnya diriku

Kini
Ku ikatkan semula janji kepadaMu
Kewujudanku hanya untukMu
Kehidupanku mengharap redhaMu
Rela ku hapus kepentingan nafsu
Sebagai pembuktian
Cinta untukMu

Ya Allah
Bantuku penuhi janji ini
Pegang hatiku agar tidak melanggar syari'atMu
Kuatkan aku melawan hebatnya nafsu
Thabbatkan hatiku atas jalanMu
Kelak bahagia tika bertemu

"Janjiku pada-Mu, abdikan seluruh jiwa, sehingga kau seru hujung nyawaku..."

Coretan:

Read more...

Mendidik Tauhid Anak-anak

Friday, March 19, 2010

MENDIDIK TAUHID ANAK-ANAK


Antara faktor yang menyebabkan proses pengajaran dan pendidikan tauhid kepada anak-anak kurang berkesan adalah:

1. Tidak memanfa'atkan usia muda yang paling optimum.

    Usia yang paling optimum untuk menanamkan ilmu tauhid adalah antara 8 bulan hingga 8 
    tahun (malah sesetengah pendapat, sejak dari alam rahim ibu lagi.) Pada waktu ini, 
    fitrah anak sungguh bersih, ditambah pula oleh fikiran, perasaan dan jiwanya yang mula 
    berkembang.

    Usia ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk memperkenalkan Allah secara mudah, 
    'natural', santai dan berterusan. Hujah akal tidak diperlukan sangat. Yang penting, 
    memberitahu, menetapkan dan meyakinkan. Dalil dan pemikiran rasional tidak dituntut 
    justeru pada usia begini selalunya anak-anak menerima sahaja input yang diberikan 
    kepada mereka. Kita katakan, Allah itu Penyayang, Allah itu Pengasih, Allah itu
    Penyabar... maka anak-anak akan menerimanya tanpa soal lagi.

    Selalunya, individu yang paling awal kita kenali dalam hidup, maka orang itulah yang 
    paling besar pengaruhnya dalam kehidupan kita apabila dewasa. Pakar-pakar psikologi 
    menggunakan istilah 'pelaziman individu rapat yang berpengaruh' untuk menerangkan hal 
    ini.

    Sebab itu anak-anak yang telah diperkenalkan kepada Allah sejak kecilnya, akan 
    terbentuk menjadi orang dewasa yang dipengaruhi oleh rasa tauhid yang mendalam. 
    Tauhid umpama benih yang disemai pada awal usia, dan akan tumbuh membesar selaras 
    dengan pertambahan usia. Ibu bapa yang bijak, akan memanfa'atkan masa perbualan,
    waktu makan, waktu bermain dan apa sahaja waktu bersama anaknya untuk 
    memperkenalkan Tuhan.

2. Tidak manfa'atkan unsur alam bagi memperkenalkan Tuhan.

    Bagaimana hendak memperlihatkan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. melalui 
    penciptaan alam?


    Tunjukkan dulu akan kebesaran dan kehebatan alam ini. Terangkan betapa teraturnya 
    alam ini dengan bulan, bumi dan matahari sentiasa bergerak dan beredar dalam orbit 
    masing-masing. Dari pusingan dan peredaran itu terjadilah siang dan malam, hari,
    minggu, bulan dan tahun. Betapa sukarnya kita hendak menggerakkan sesuatu, perlukan 
    tenaga dan daya yang kuat...maka tentulah Allah yang mengatur seluruh semesta alam ini 
    lebih kuat, dan lebih berkuasa.


    Ertinya, sains adalah ilmu paling signifikan untuk menanamkan rasa tauhid dalam diri 
    anak-anak. Bukankah sejarah pencarian Nabi Ibrahim untuk mengenali Tuhan "terpaksa" 
    melalui liku-liku dalam ilmu sains? Baginda melihat betapa besarnya kejadian ciptaan 
    Allah - seperti bintang, bulan dan matahari. Timbul rasa kagum dalam dirinya akan 
    kehebatan "ciptaan-ciptaan" itu. Lalu itu semua pernah disangkanya sebagai Tuhan.. 
    Namun oleh kerana "kebesaran" kejadian-kejadian itu akhirnya dilindungi oleh yang lain, 
    maka baginda merasakan tentu ada lagi zat lain yang "maha besar" - yang mengatasi 
    kebesaran bintang, bulan dan planet-planet itu. Maka pada ketika itulah Nabi Ibrahim 
    diperkenalkan kepada Allah oleh Malaikat Jibrail.


    Maka kaedah yang sama perlu digunakan masa kini. Bawa anak-anak melihat "kebesaran" 
    alam dalam perjalanannya melihat kebesaran Allah. Selagi anak-anak tidak nampak 
    kebesaran alam ciptaan Allah ini maka sukar baginya merasakan kebesaran Allah yang 
    menciptanya.




Perkenalkan dahulu sifat-sifat Allah yang Maha Lembut


Menerusi tertib penurunan wahyu, Allah telah memperkenalkan dahulu sifat-sifatNya yang 
lembut, baik, pemurah, penyayang... sebelum memperkenalkan sifatNya yang maha membalas, punya seksa yang maha pedih dan sebagainya. Ini juga satu kaedah untuk menyuburkan rasa tauhid ke dalam diri anak kita. Kenalkan dahulu sifat-sifat yang mendatangkan rasa "cinta" daripada rasa "takut". Walaupun cinta dan takut itu wajib ada dalam diri anak-anak, tetapi dalam kaedah menanamkannya ke dalam hati, rasa cinta mesti didahului daripada rasa takut. 


Kenapa agaknya, kaedah semacam itu perlu dipilih untuk mendidik rasa tauhid?


Sebab Allah mahu menimbulkan rasa dekat, rasa cinta dan rasa sayang para hamba terhadap diri-Nya. Dengan rasa cinta dan sayang itu barulah hamba-Nya merapatkan diri. Datanglah pengabdian dan ketaatan hasil rasa cinta. Selepas itu barulah diperkenalkan-Nya sifat-sifat yang menggerunkan seperti Dia memiliki seksa yang amat pedih, maha merendahkan, maha pengancam dan sebagainya. Ertinya, anak-anak mesti dididik dengan rasa cintakan Allah berdasarkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lembut lebih dahulu sebelum rasa takut berasaskan sifat dan nama-nama-Nya yang keras.


Malangnya, ini tidak berlaku. Bila anak melakukan kesalahan, maka kita ugut dia... nanti Allah humban dalam neraka, kalau bohong, lidah kena gunting dengan api! Akibatnya, anak-anak akan mengenali Allah sebagai Tuhan maha menghukum, maha mengazab dan sebagainya. Betul demikian, tetapi salah caranya.


Kenapa tidak diterangkan misalnya, bila hujan turun, kita katakan, "Wah! Allah sayang kita." Bila berdepan dengan juadah yang banyak, kita katakan, "Syukur banyaknya rezeki kita malam ni...ini bukti Allah pemurah." Bila anak-anak melakukan kesalahan, kita anjurkan dia meminta maaf, katakan bahawa Allah itu maha pengampun!


Walaupun tauhid itu ajaran yang penting, tetapi kaedah tepat untuk menyampaikannya juga sangat penting. Justeru, betapa pun bahan masakan berzat tetapi kalau silap kaedah memasaknya, maak musnah jua akibatanya!


Sumber: Membetulkan Kesilapan Mendidik Tauhid, oleh Abu Jihad, Solusi Isu Perdana.


Read more...

Lokasi Pelawat

Kongsi