Tazkirah Buat Diri

Thursday, March 5, 2009

Kembalilah wahai diri
Kepada fitrah azali
Perteguhkan iman di hati
Persetankan bisikan duniawi
Yang membelenggu diri

Bangunlah wahai diri
Kembalilah kepada Rabbi mu
Cukup sudah apa yang telah kau perbuat dahulu
Usah kau tangguh
Andai kau ingin berhijrah
Kerana hidayah Allah hanya sekali
Carilah hidayah itu wahai diri yang hina lagi kerdil di sisi Rabbi

Astaghfirullahal 'azim
Sedarlah wahai diri
Allah S.W.T. Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Biarpun dosamu sepenuh bumi
Asalkan tidak menduakan-Nya
Tetap diampuni-Nya
Sedarlah diri!
Usah lagi kau meninggi diri
Kembalilah!
Kembalilah!
Kembalilah wahai diri!
Kepada fitrah insani

Tinggalkan pesona dunia
Yang di luarnya disalut keasyikan
Namun hakikatnya penuh debu kejahilan
Penuh debu penipuan
Penuh debu kepalsuan

Berusahalah wahai diri
Persiaplah wahai diri
Sebelum kau hembus nafas akhirmu

Namun, usah kau lupa pada temanmu
Sahabatmu
Pandulah dia
saudara seIslammu
Menuju Nya
Usah lagi kau jadi hamba yang mementingkan diri
Namun,
Andai dia enggan dipandu
Usah bersedih wahai diri
Sematlah di hati
sesungguhnya Allah sahaja yang mampu
menggerakkan hati-hati

Wahai diri yang ku sayangi
Teguhlah dikau di jalan suci
Moga Allah meredhai...









0 comments:

Post a Comment

Lokasi Pelawat

Kongsi