.:: From An Only Servant ::.

Friday, April 23, 2010



.:: From An Only Servant ::.


Redemption from desire
Desires a lonely crier

In the timeless time, before our time
When You called us forth to bear witness
Following the devout
I answered “Yes, without the shadow of a doubt”
Your Spoken Word, was what I’d heard

As I stumbled into wakefulness
As we gathered about
It stirred me within as it shook me without
And the years they passed till the day at last
I awoke with a cry – oh, the pain of severance!

And then I felt it again, and again
But there was a mercy that was hidden in the pain
Ravenous desire, a burning fire
Who am I to claim a share in deliverance?
I can always explain
But my time’s running out, and my guilt is plain

Oh One Who hears, the sound of tears
As they quench the thirst of the earth that I pray on
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on

Oh One Who sees, my arrogant knees
As they kiss the ground in the hopes of redemption
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on

As I took the trust, on ruz-e-alast
The mountains quaked at the consequences
As I pledged to obey
The Earth cried over the ones who’ll go astray

As our ships set sail, and worldly veils
Sent us drifting to our distances
The mind did lose The Way
But the heart kept reminding of yesterday
Now here I am, a broken man

I’ve earned the fate that Your justice regulates
Dry, empty hands
Don’t stop the flow of the hourglass’ sand
Oh Free of Need, You have decreed
Your mercy descends on the one who supplicates
Raised, empty hands
Plead mercy, my Lord, plead a generous hand

Oh One Who hears, the sound of tears
As they quench the thirst of the earth that I pray on
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on

Oh One Who knows the song of those
Who wail in remorse at the sting of separation
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on
Forgive me and relieve me
And a wing of hope, do give me
Just a wing of fear that’s with me
Won’t get me near the Promised Land

Redemption from desire
Desires a lonely crier
Your closeness I aspire
But I can’t carry on if you don’t take my hand

Oh One Who hears, the sound of tears
As they quench the thirst of the earth that I pray on
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on
Oh One Who sees, my arrogant knees
As they kiss the ground in the hopes of redemption
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on

O Lord, we have wronged ourselves, and if You do not forgive us
and have mercy on us, we shall certainly be among the lost

Oh One Who knows the song of those
Who wail in remorse at the sting of separation
My Lord, forgive me
I have failed the covenant that I had taken on 


Srikandi Uthman: A meaningful poem that I had just read... Alhamdulillah!

Read more...

Aku ingin menjadi SRIKANDI...

Thursday, April 22, 2010



Bismillahirrohmaanirrohiim..

Ya ALLAH, kenapa aku masih ingatinya? Sukarnya mahu membuang ingatan itu. Tapi, kalau ianya mudah saja, bukan lagi namanya MUJAHADAH. MUJAHADAH menagih untuk melakukan sesuatu yang IMAN CINTAI, tetapi TIDAK NAFSU CINTAI.Sesuatu yang IMAN cintai, adalah perkara yang BERAT untuk dilakukan.

Bersabarlah, wahai diri yang ingin menjadi SRIKANDI.

SRIKANDI UTHMAN.
Tika ini mungkin kau perlukan berjauhan atau TAWAQQUF dalam jalan ini. 

Muhasabah kembali, rencana kembali tentatif perjalanan hidupmu.

BERUBAH UNTUK MENJADI LEBIH BERHARGA.

TIDAK MENGAPA JIKA TIDAK DIHARGAI, ASALKAN DIRI MASIH BERHARGA.

Ya ALLAH, di bening pagi ini, aku coretkan. Di dalam sepi ini, aku nukilkan.Kesusahan dan kesedihan yang menggugat hati.

Ampuni aku YA ALLAH, kerna tidak berdaya menahannya. Astaghfirullahal 'azim.

Aku tidak berdaya, tidak punya apa-apa, kerna

ENGKAULAH PEMILIK SEGALA KEKUATAN

ENGKAU JUALAH PEMILIK SEGALA CIPTAAN

Thabbatkan hati ini ya ALLAH

Ku berserah, ku berpasrah HANYA PADAMU YA ROBBI...

Keluarkan aku dari kegelapan ya ALLAH..


~ baru perasan ada ayat yang terbalik..astaghfirullah..alhamdulillah ALLAH gerakkan hati untuk check balik apa yang ditulis.. :)


Read more...

Your Beauty

Tuesday, April 20, 2010



 YOUR BEAUTY

Brighter than the sun
Fairer than the moon
Your beauty is so dazzling
Bigger than the sea
Higher than the clouds
Your soul is so enlightening
What I’d give to see your face
Beaming with so much grace
Brighter than the sun
Fairer than the moon
Your beauty is so dazzling
Bigger than the sea
Higher than the clouds
Your soul is so enlightening

Ya Mawlay, ya Mawlay Salli ‘ala Taha
husnu Ahmadal Bashir
Akhjalal badral munir
Will I be from those
You welcome with a smile
As you call your nation
Come to my side
Or will I see you frown
And then turn away
I did let you down
I forgot this Day
What I’d give to see your face
Beaming with so much grace
Brighter than the sun
Fairer than the moon
Your beauty is so dazzling
Bigger than the sea
Higher than the clouds
Your soul is so enlightening

Ya Mawlay, ya Mawlay Salli ‘ala Taha
Husnu Ahmadal Bashir
Akhjalal badral munir

Ya Habiballah
Ya Safiyyallah
‘Alayka Solatullah
Wa Salamullah

Your smile is so bright
It lits up the dark night
Brought mercy and light
To my waiting heart
I know that I’m weak
Of my sins I can’t speak
Your mercy I seek
Though I’m not worthy
What I’d give to see your face
Beaming with so much grace
Brighter than the sun
Fairer than the moon
Your beauty is so dazzling
Bigger than the sea
Higher than the clouds
Your soul is so enlightening

Ya Mawlay, ya Mawlay Salli ‘ala Taha
Husnu Ahmadal Bashir
Akhjalal badral munir

Read more...

Sekufu Dalam Perkahwinan

Monday, April 19, 2010



Bismillahirrohmaanirrohiim.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan kalian tentang sekufu dalam perkahwinan.

Kita mulakan dengan mengenali tentang definisi sekufu itu sendiri. Al-Kafa'ah (sekufu) di dalam bahasa Arab bermaksud 'persamaan' atau 'setaraf'. Menurut istilah fikah, sekufu di dalam perkahwinan ialah 'persamaan taraf status lelaki dan wanita di dalam hal-hal tertentu yang melayakkan mereka untuk menjadi pasangan.' - Ahkam al-Usrah, jil.1, ms. 53.

Jumhur ulama' berpendapat bahawa sekufu bukanlah syarat sah nikah tetapi ia adalah syarat untuk memilih pasangan. Tanpanya para wali berhak membatalkan perkahwinan. Manakala, kesahihan nikah itu terletak kepada keizinan wanita dan walinya di dalam menikahkan serta menuruti rukun nikah yang lain.- Mughni Muhtaj, jil.3, ms. 164.
Hadith Rasulullah S.A.W. : 

"Janganlah kamu menikahkan gadis kecuali dengan yang sekufu dan janganlah menikahkan mereka kecuali dengan wali dan jangan menikahkan kecuali dengan mahar yang tidak kurang daripada 10 dirham." - Hadith riwayat Daruquthni dengan sanad yang sangat dhaif dan padanya terdapat perawi yang dituduh pendusta.

Mazhab Syafi'e meletakkan sekufu sebagai hak seorang wanita dan walinya di dalam perkahwinan. Jika salah seorang daripada mereka menghalang perkahwinan kerana tidak sekufu, maka ia tidak boleh dilangsungkan. 

Jumhur ulama' berpendapat bahawa sekufu adalah syarat untuk meneruskan pernikahan, bukannya syarat sah perkahwinan. Menurut Imam Syirazi , jika seorang wanita ingin berkahwin dengan lelaki yang tidak sekufu, maka tidak menjadi kewajipan kepada wali untuk mengahwinkannya. Ini menunjukkan bahawa sekufu sangat penting dalam sesebuah perkahwinan kerana ia dapat menjamin kebahagiaan dalam berumah tangga. Insya ALLAH.

Perihal tentang sekufu, dikisahkan bahawa pada zaman Rasulullah S.A.W., ada seorang hamba perempuan bernama Burairah yang telah dimerdekakan oleh Aisyah. Setelah dimerdekakan, Rasulullah S.A.W. telah memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya ataupun bercerai. Maka, nyatalah bahawa Rasulullah S.A.W. begitu menitik beratkan persoalan sekufu. Ini memandangkan suami Burairah masih lagi hamba berbanding dirinya sudah merdeka.

Persoalannya, apakah aspek yang penting untuk menentukan seseorang itu sekufu atau tidak?

Jawapan yang jelas dan disepakati adalah sekufu itu merujuk kepada agama. Inilah pendapat yang paling tepat dan sahih.


Firman ALLAH S.W.T. :


"Wanita-wanita keji adalah untuk lelaki-lelaki keji dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)..." - Surah an-Nur : 26

Pendapat ini dririwayatkan daripada Imam Malik dan Zaid bin Ali bahawa kafa'ah (sekufu) itu merujuk kepada sama taraf di dalam agama sahaja. Maka, tidak halal seorang muslimah dikahwinkan dengan pasangan bukan Islam dan tidak pula wanita solehah kepada lelaki fasik. Setiap muslim itu adalah bersaudara, sama ada dia hamba atau merdeka, berbangsa Arab atau bukan, kaya atau miskin. - Bidayatul Mujtahid, jil.2, ms. 16.

Walau bagaimanapun, faktor lain diizin untuk dipertimbang seperti bangsa, keturunan, harta dan kedudukan misalnya hamba atau merdeka. Ini dibenarkan sekiranya ia boleh menggugat keharmonian dan tidak diredhai oleh salah seorang di antara calon pasangan suami isteri tersebut.

Hal ini jelas berlaku apabila ramai hamba sahaya di kalangan sahabat Rasulullah S.A.W. mengahwini wanita Quraisy yang berstatus dan berketurunan mulia. Perkahwinan itu berlangusng di atas kerelaan wanita tersebut kerana memandang kepada agama seperti yang diperintahkan oleh Islam.

Sebagai contoh, kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. Bilal bin Rabah (bekas hamba) yang berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar. Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah S.A.W. mengenepikan soal darjat antara mereka dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman serta penghayatan agama.

Kesimpulannya, umat Islam perlu lebih bijak memahami dalil-dalil dengan mendalami maksud syara' serta memahami as-sunnah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. menegaskan:

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa paras kamu dan jasad kamu. Tetapi ALLAH melihat kepada hati kamu dan amalan kamu." - Hadith sahih riwayat Muslim.

Inilah seruan Rasulullah S.A.W. supaya manusia meninggalkan adat jahiliyah yang berbangga dengan keturunan, harta, pangkat, serta kedudukan. Sebaliknya, perlu memandang kepada AGAMA dan TAQWA. Seharusnya kita meneliti kembali corak pemikiran yang selama ini kita pegang.

Allahu A'lam.Moga perkongsian ini dapat menambah ilmu dan meningkatkan kefahaman sebagai persediaan baitul muslim yang bakal kita bina kelak . Ameen..

Perkongsian dari buku Mencari Pasangan Hidup oleh Ustaz Emran Ahmad, Karya Bestari.

Read more...

Sya'ir Qalbi

Friday, April 16, 2010


SYAIR QALBI

Sya'ir merdu syahdu
Beralun dalam nafas rindu
Bagai dingin bayu
Bertiup lembut dalam qalbu

Sejernih embun pagi
Disinari sang mentari
Ada sinar bak pelangi
Merentang di langit tinggi
Lambang cinta nan bersemi
Dalam hati sanubari
Pada DIA yang terpuji
Ya ILAHI ya RAJAI

Tiada baris kata
Mengungkai makna dalam rasa
Tiada yang serupa
Bahasa syurga kalam jiwa

Kini tumbuh benih cinta
Penuh makna dalam jiwa
Bertunas di ladang usia
Berbunga di ranting taqwa
Pada seru kala senja
Unggas pulang ke sarangnya
Ada sendu dalam rasa
Memujuk hati yang lara

Sya'ir qalbi
Lidah yang fasih
Pantun hati
Madah Terpilih
Gurindam jiwa
Tulus dan bersih
Tanda kasih
Sya'ir merdu syahdu
Beralun dalam nafas rindu
Bagai dingin bayu
Bertiup lembut dalam qalbu
Sejernih embun pagi
Disinari sang mentari
Ada sinar bak pelangi
Lambang cinta nan bersemi

~~~ hayati bait-bait lirik ini dengan rasa...by Hafiz Hamidun

 

Read more...

CInta Bertasbih vs Bertasbihkan Cinta

Thursday, April 15, 2010



JANGAN BERTASBIHKAN CINTA!

Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.

“Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya,” luah seorang isteri.

“Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal…” ujar saya.
“Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil,” balasnya.
Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta… kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. ”
“Akibatnya ini?”
“Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi.”

Begitulah antara dialog yang pernah berlaku antara saya dengan seorang isteri yang didera suaminya. Akibat cinta tanpa kenal dia menderita. Secara tabiinya, kita perlu kenal baru cinta tetapi kini sudah ramai yang cinta baru kenal. Akibatnya timbullah penyesalan yang tidak sudah-sudah. Akibat salah pilih, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya punca derita!  Tidak mengapa kalau kita berkenal dahulu terus berkahwin dan kemudian cinta. Seperti Siti Khadijah yang kenal kebaikan Rasulullah saw melalui orang kepercayaannya Maisarah dahulu, terus meminang Rasulullah saw, berkahwin dan kemudian baru bercinta. Untuk kenal orang yang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang mengenal orang baik yang lain, seperti mana hanya jauhari mengenal manikam.

Tidak mengapa sekiranya perkahwinan tidak dimulakan oleh satu percintaan tetapi ia mesti didahului oleh satu perkenalan. Apa yang perlu kita kenal? Tidak lain tidak bukan, yang paling kita mesti kenal keseriusannya dalam beragama. Bila agama kukuh, ertinya cintakan Allah dalam diri seseorang juga kukuh. Itulah modal untuk membina kebahagiaan dalam rumah tangga.

Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.

Cinta itu bukan tujuan, cinta hanya jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan… ada berbagai jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan rumah tangga, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan paling utama untuk mencapai rumah tangga yang bahagia.

Menurut ajaran Islam, ada elemen-elemen yang lebih utama daripada cinta yang perlu dititik-beratkan sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan. Perkara-perkara utama ini semuanya dituntut oleh Allah untuk disempurnakan bagi memastikan cinta, kasih-sayang, tanggung jawab, peranan dan tugasan rumah tangga itu sentiasa terbina di atas tapak iman.
Diantara prinsip-prinsip itu ialah niat, matlamat, perlaksanaan, modus operandi dan natijah perkahwinan itu mestilah selaras dengan kehendak Allah. Oleh itu apabila rumah-tangga bergoncang, telitilah semula niat berkahwin dahulu. Apakah masih kerana Allah? Atau sudah tersasar tanpa sedar? Akibat hebatnya cabaran, masalah dan godaan yang telah melanda alam rumah tangga solat lima waktu telah terabai, pembaziran berleluasa, hiburan telah melampau dan pelbagai suruhan dan tegahan Allah sudah dipinggirkan?

Kalau demikian, jangan tunggu lama-lama, kembalilah ke pangkal jalan, katakan pada diri, “wahai diri, kau berkahwin kerana Allah…” Insya-Allah, “talian hayat” perkahwinan kita akan tersambung semula dengan Allah. Hukum-hakam Allah akan berdaulat semula. Insya-Allah, ketenangan akan menjelma semula.

Selama mana prinsip-prinsip itu dipatuhi, selagi itulah Allah menjamin cinta di antara pasangan suami isteri itu pasti tumbuh, subur dan berbunga sekalipun mereka tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Dan bagi yang telah berkahwin pula (tidak kira berapa lama), syariat Allah ini jika dijadikan rujukan bersama antara suami isteri, insya-Allah rumah tangga akan kembali tenang walaupun pasti ada pergolakan. Hati-hati yang mengingati yang SATU akan mudah bersatu!

Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai berkahwin atas pilihan ibu bapa (yang mengenal bakal menantunya) dan perkahwinan itu ternyata berjaya.
Tradisi itu berjalan dengan baik dan teratur kerana pada waktu itu anak-anak sudah dididik dengan asas agama dan akhlak yang teguh serta patuh kepada ibu bapa. Pada waktu itu anak-anak yang baik akan mematuhi perintah ibu-bapa yang baik yang memilih orang yang baik untuk menjadi suami atau isteri anak mereka. Sementara ibu bapa pula memang sedia mewarisi sifat-sifat mulia daripada generasi sebelumnya yang juga mementingkan kepentingan agama dan akhlak.

Kita akan dibantu oleh niat yang tulus sebelum berkahwin dahulu. Jika tulus pasti lurus walaupun kekadang bengkak-bengkok juga di pertengahannya. Tetapi jika awal-awal sudah bengkok, rumah-tangga akan semakin tersasar dan sukar sekali mencari jalan kembali.
Oleh kerana itu, semasa memilih calon suami atau isteri mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya, “Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.”

Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya-Allah, nanti pasti ada cinta. Bukan cinta, kemudian berkahwin selepas itu baru kenal…

Eh, ini pelik? Tidak. Ia praktikal dan realistik dulu, kini dan akan datang. Lihat sahaja gambaran kenal baru cinta dalam filem “Ketika Cinta Bertasbih”. Jika ia mampu digambarkan melalui filem, ia mampu juga mampu direalisasikan dalam kehidupan. Dalam filem itu jelas digambarkan bagaimana orang yang baik melamar orang yang baik untuk orang yang baik. Sungguh indah bila cinta bertasbih (memuji Allah). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi kini terbalik, masyarakat begitu hodoh jadinya apabila manusia bertasbihkan cinta – kehendak Allah tunduk kepada cinta!

Dalam masyarakat yang sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi, perkahwinan melalui ‘orang perantaraan’ (match maker) yang juga dipercayai kesolehannya akan mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang dibolehkan dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya seseorang dibolehkan melihat rupa calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang keperibadian dan lain-lain latar belakang calon. Namun fokusnya tetap “mengenal” agama bakal calon.

Itu semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan “maklumat” tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang melampaui batas. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat.Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredaan Allah serta restu ibu bapa dan masyarakatnya. Thrill dan suasana suspens sudah semestinya ada yang mana ini menambahkan lagi keindahan pertemuan pertama.

Dan bagi yang sudah lama berumah tangga tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Justeru dalam perlaksanaan rumah tangga Islam sudah ada tip-tip tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan suasana kemanisannya.

Antaranya, isteri sentiasa mengekalkan perasaan malu di hadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman, pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri, adab serta seni-seni dalam hubungan seks dan lain-lain perkara yang banyak ditulis dalam hadis dan kitab-kitab para ulama muktabar.

Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan ‘lesen’ seperti cinta selepas perkahwinan. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya seperti bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.
Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih sayang) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.

Apabila seseorang mencintai kekasihnya melebihi cintakan Allah, maka mudah hukum Allah dilanggar. Kerana kekasih, Allah tersisih. Inilah fenomena lumrah dalam masyarakat hari ini terutamanya di kalangan remaja. Maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat rela dipertaruhkan untuk mendapatkan cinta.

Malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu. Yang mana keindahannya sementara dan menipu. Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat dibawa menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan akhirnya berpisah. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor patah di tengah jalan. Tidak sempat bermahtangga cinta telah berkecai.

Dan bagi yang sempat berumah tangga ramai pasangan yang bercerai-berai walaupun mereka telah melalui saat-saat indah di alam percintaan. Tetapi yang paling ramai ialah mereka yang hanya mampu mempertahankan perkahwinan tetapi gagal mengekalkan keindahan cinta di dalamnya. Mereka yang kecewa ini kerap mengungkapkan, perkahwinan adalah pusara percintaan!

Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!

DOA KITA BERDUA
 
Ya Allah,
Kekadang terasa belaian cinta-Mu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi kekadang terasa bahang murka-Mu
Seiring patahnya sebuah mujahadah
kami berdua…
Ya Allah,
Walau apa pun kami masih terus di sini …
Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti
Di sini kami masih mendamba cinta
Kerna yakin cinta-Mu tak pernah sirna…
selama-lamanya!
… buat kami berdua
Kau dekat terlalu
tanpa senyum
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua!
Dalam doa…
kami berdua!


Srikandi Uthman: ayuh muhasabah bersama dan saling mendoakan keteguhan iman di hati kita..moga teguh untuk kembali memelihara kesucian cinta hingga tiba saatnya.

biar cinta bertasbih kerana ALLAH,jangan kita bertasbihkan cinta!

Read more...

10 Tanda Kita WAJIB Berkahwin

Monday, April 12, 2010



Bismillahirrohmaanirrohiim.

Adakah kita memiliki salah satu daripada 10 ciri tersebut yang boleh mewajibkan kita untuk berkahwin ?

Jom kita teliti satu persatu...


1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.



"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda: 

"Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." - Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan. Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya." - Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." - Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.


"Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka..." - Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya." - Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.

ALLAH berfirman:


"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." - Surah ar-Rum: 21


4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.


"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga 'Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." - Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah pada bahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

"Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." - Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:

"Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara." - Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.


6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:


"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga)." - Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka, tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah  'Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.' Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:


"DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya..." - Surah al-A'raf: 189

8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:


"Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya." - Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud 'wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan' bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan. 

9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam. Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi'e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas." - Surah al-Mukminun: 5-7

"Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:


"...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah an-Nisa' : 3.

Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.


Perkongsian daripada buku Mencari Pasangan Hidup, karya Ustaz Emran Ahmad, Karya Bestari.



~~~ Srikandi Uthman: Segerakan perkahwinan jika sudah ada tanda-tanda yang mewajibkannya berlaku. Laksanakanlah mengikut syari'at, moga redha ALLAH sentiasa mengiringi perkahwinan saya dan kalian!


Read more...

Nawaitu



Antara niat dan manis bicara
Satukan di dalam satu denyutan
Di mana jiwamu pasti bahagia
Kembali bersemi insani

Lafazlah setulus hati nurani
Bukakan maksud tersimpan di hati
Biarpun pedih menyeksa naluri
Nawaitu tuntutan batin suci

Usahlah engkau selindungkan bayangmu
Renungi asal kejadian dirimu
Berjalan tunduk bukan erti kau kalah
Tebarkanlah serata jiwa

Usahlah engkau persalahkan kakimu
Andainya rebah di bumimu sendiri
Mungkinkah ada kesilapan semalam
Lafazkanlah sejujur hati

Ketulusan insan sejati
Mencerminkan budi pekerti
Kesungguhan menyingkap makhfi (rahsia)
Kebenaran diri yang suci

Hanya jiwa tulus mengerti
Kemanisan nawaitu hati
Ketenangan dalam mencari
Keredhaan dari Mu TUHANku...

Read more...

Saya Sebuah Bangunan

Wednesday, April 7, 2010

http://hafizfirdaus.com/content/view/375/106/





Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 11 March 2010
          Teringat zaman sekolah rendah dahulu di mana di antara bentuk karangan yang diajar dan ditugaskan ialah seseorang itu menulis seolah-olah dia sebuah objek atau haiwan. “Saya sebuah basikal”, “Saya sepasang kasut”, “Saya seekor kucing” dan sebagainya, lalu diceritakan kisahnya dari awal hingga akhir.         
          Maka pada ruangan bulan ini saya ingin menulis seolah-olah saya sebuah bangunan, di pusat perniagaan Bukit Gajah. Saya siap dibina pada tahun 2008 dan merupakan salah satu di antara sederetan kedai di Pusat Perniagaan Bukit Gajah. Saya dibeli oleh seorang manusia bernama Encik Abdul Razak dan dia menyenaraikan saya sebagai salah satu unit kedai untuk disewa.
          Penyewa saya yang pertama ialah Puan Janet dan beliau menjadikan saya sebagai pusat belajar muzik. Ramai kanak-kanak kecil hingga belasan tahun dihantar oleh ibubapa mereka untuk belajar muzik. Saya memiliki beberapa bilik kecil di mana setiap bilik menempatkan alat muzik yang berbeza – piano, violin, gitar dan drum. Puan Janet tidak menggantung papan tanda nama perniagaannya kerana menjimatkan kos, akan tetapi orang ramai sedia menggelarnya akademi muzik Puan Janet.
          Walaubagaimanapun setelah beberapa ketika jumlah peserta akademi ini semakin berkurangan sehingga Puan Janet menghadapi kesukaran membayar sewa bulanan kepada Encik Abdul Razak. Akhirnya perniagaan akademi ini ditutup dan saya sekali lagi disenaraikan sebagai unit kedai untuk disewa. Beberapa bulan berlalu sehinggalah datang Encik Rajen yang menyewa saya dan menjadikan saya pusat tuisyen untuk kanak-kanak sekolah rendah.
         Encik Rajen membahagikan bilik-bilik saya kepada pelajar darjah tertentu. Bilik terbesar dikhaskan kepada pelajar darjah enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Tiga bilik yang lain dikhaskan kepada pelajar darjah lima, empat dan tiga. Encik Rajen menggantung papan tanda yang besar di atas pintu masuk utama. Saya diberi nama Pusat Tuisyen Cemerlang Gemilang. 
         Sungguhpun begitu, saya dapat rasakan pusat tuisyen ini tidak cemerlang, tidak gemilang. Tenaga pengajarnya tidak berdisiplin tidak berdedikasi, mengakibatkan murid-murid yang hadir ke kelas tuisyen lebih bermain dari belajar. Ini jauh berbeza dari tenaga pengajar sebelum ini, mereka berdisiplin lagi berdedikasi mengajar muzik dan tarian sehingga mampu mencemerlangkan para pelajar ke dunia seni. Hanya – pada kiraan saya – yuran bulanan yang agak tinggi menyebabkan ia kurang mendapat sambutan.
          Yuran bulanan yang agak rendah menyebabkan saya pada kali ini dihadiri oleh lebih ramai kanak-kanak. Bagi menangani masalah murid-murid yang lebih bermain dari belajar, Encik Rajen telah mengantung beberapa syarat pembelajaran di setiap bilik pengajian dan di pintu masuk hadapan. Namun ia hanya umpama hiasan, tiada siapa yang memerhatikannya, apatah lagi untuk mengikutinya.
           Pada hujung tahun 2009, keputusan UPSR diumumkan. Seperti yang saya jangkakan, para pelajar darjah enam Pusat Tuisyen Cemerlang Gemilang tidak mendapat keputusan yang cemerlang mahupun gemilang. Ibubapa menjadi marah dan hampa dengan pusat tuisyen ini dan amat sedikit di antara mereka yang mendaftar anak-anak mereka pada tahun 2010. Ini menyebabkan Encik Rajen terpaksa menutup perniagaannya yang hanya berumur setahun dan saya sekali lagi dikosongkan, menunggu penyewa yang baru. Begitulah kisah saya secara ringkas. Sementara menunggu penyewa baru, saya hanya dikenali sebagai kedai No. 4, Pusat Perniagaan Bukit Gajah.

Apa cerita sebenar?
           Agaknya ramai pembaca yang tertanya-tanya, apa dan ke mana saya hendak bawa cerita “Saya Sebuah Bangunan” di atas? Cerita di atas hanyalah permisalan kepada subjek “Negara Islam” dan perlembagaan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sering ditekankan oleh sebahagian sahabat-sahabat saya, mungkin juga di kalangan para pembaca yang dihormati sekalian. Ringkasnya, ramai yang memberi penekanan sama ada Malaysia sebagai sebuah “Negara Islam” atau “An Islamic State” yang memiliki perlembagaan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini adalah penekanan yang baik namun manakah yang lebih utama, nama atau pengisian?
          Sebuah negara boleh diumpamakan dengan sebuah kedai, di mana yang penting bukanlah nama kedai tetapi apa yang dilakukan di dalam kedai itu. Jika sebuah kedai itu mengajar muzik, maka orang ramai akan menggelarnya akademi muzik selagi tiada papan nama yang digantung di atas pintu utama kedai. Jika sebuah kedai itu dinamakan Pusat Tuisyen Cemerlang Gemilang namun para pengajar dan pelajarnya tidak cemerlang tidak gemilang, maka nama itu tidak memiliki apa-apa erti baginya.
          Jika sebuah kedai itu difungsikan oleh para penghuninya yang berdisiplin lagi berdedikasi, maka ia akan mencapai matlamatnya. Jika sebuah kedai itu digantung syarat-syarat matlamatnya namun tiada di kalangan para penghuni yang mengikutinya, maka matlamat itu tidak akan tercapai.
          Demikianlah juga bagi sesebuah negara. Jika kebanyakan warganya beragama Islam dan bebas mempraktikkan Islam, ia dikenali sebagai negara Islam. Mana-mana pengembara yang memasuki negara itu akan mengenali ia negara Islam tanpa perlu ada pengisytiharan rasmi bahawa ia sebuah negara Islam. Maka yang penting ialah pengisian dalam negara dan bukan nama yang diisytiharkan.
          Demikian jugalah jika warga sesebuah negara sentiasa meletakkan al-Qur’an dan al-Sunnah di tangga teratas, mereka akan menjadi muslim yang memiliki manhaj yang benar. Tidak penting apa yang tertera di perlembagaan negara, yang penting ialah apa yang tertera di dada setiap warganegara.

Read more...

Aku dan Empat Isteri

Tuesday, April 6, 2010


Bismillaahirrohmaanirrohiim...

Mulanya cerita...

Aku seorang businessman yang punya empat isteri. Sudah rezeki, terima sahajalah. Pada kesempatan ini, aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku...

Ku mulakan dahulu dengan isteri tersayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling ku cintai. Kalau aku keletihan, dialah yang menyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Bertuah sungguh aku, punya isteri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa ku jaga dan dambakan kasihnya.

Isteriku yang ketiga, tidak kurang hebatnya. Di antara keempat-empat isteri, dialah yang paling cantik. Wajahnya amat memikat sesiapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul di majlis-majlis rasmi mahupun dalam pertemuan-pertemuan biasa. Jika ke majlis-majlis penting sama ada untuk urusan perniagaan atau perhubungan, dialah yang selalu menemaniku. Oh..terasa bangga dalam hati setiap kali memperkenalkannya di hadapan teman-teman. Seraut wajah tenang dan tutur katanya begitu manis kelihatan!

Isteriku yang kedua tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti isteri ketiga dan keempat tetapi punya akal yang cerdas. Dia sangat pintar dalam menyelesaikan sebarang masalah. Jika aku buntu dalam menghadapi sesuatu masalah, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dapat diketengahkannya. Terasa sungguh bertuah..dia sering berada di sisiku ketika berhadapan dengan apa jua masalah.

Aduhai...Ini pula...isteriku yang pertama. Rupa tidak ada. Fikiran? Di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. Bak melukut di tepi gantang, kata orang. Hendak ku cerai, tidak sampai hati. Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua...dah tak ada selera!

Hidupku riang dan ceria hinggalah suatu hari, tiba-tiba badanku lemah. Pandangan ku terasa  berpinar-pinar. Dan akhirnya, aku jatuh terjelepok sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat. di pejabatku. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki, tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi. Ya ALLAH...apa sakitku?

Doktor datang dan berkata perlahan, "Maaf tuan, saya terpaksa berterus terang."

Aku mendengarnya dengan penuh rasa gentar.

"Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan mungkin tidak panjang. Paling lama dua bulan. Tapi ajal maut ketentuan ALLAH. Banyakkanlah berdoa, mudah-mudahan ALLAH makbulkan. Dari sudut perubatan, tak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil ubat penahan sakit!"

Aduh....bagai disambar halilintar mendengar kenyataan itu! Aku akan pergi buat selama-lamanya? Benarkah apa yang ku dengar sebentar tadi?

Mujurlah mulut ini masih boleh berkata-kata. Lalu ku panggil keempat-empat isteriku. Ingin ku temui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama yang ku temui tentulah isteri tersayang - isteri keempat, isteri yang menjadi harapanku. 

"Sayang, sayang tahu kan abang akan pergi tak lama lagi. Kalau ditakdir, sudi ke kalau sayang mati bersama abang? Untuk menemani abang di alam barzakh sana?" tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih syang dan harapan.

"Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi. Takkanlah abang nak saya mati sama? Abang perlu faham situasi saya. Kalau abang mati, relakanlah saya teruskan kehidupan baru dengan lelaki lain. Mustahil abang sanggup biarkan saya yang mudani hidup menjanda."

Terlepas tangannya yang ku pegang. Aku renung matanya untuk mendapatkan kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada langsung rasa ragu yang dapat ku baca daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yang tidak teringin!

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar, aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seperti biasa. Aduhai...alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.

"Darling, abang akan pergi selamanya..."

"Ya bang, saya sangat sedih bayangkan hidup tanpa abang di sisi," balasnya bersama tangisan.

Ha...ada harapan ni, bisikku dalam hati.

"Darling, sudikah temani abang di barzakh nanti sebagai bukti cinta kita? " Aku menduga hatinya.

Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak merenungku. Spontan, lehernya yang jinjang juga menggeleng-geleng perlahan.

"Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tapi masa abang hidup saja. Bila abang mati, saya perlu teruskan kehidupan. Selain harta yang abang wariskan, kecantikan inilah aset saya untuk teruskan kehidupan yang masih panjang ni."

Oh..kau juga serupa! Alangkah seksanya memikirkan kecantikanmu yang akan dinikmati oleh lelaki lain. Harapanku hancur berderai.

Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu masalah ini juga mampu diselesaikannya. 

"Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang?" tanyanya sebaik kami bertentang mata.

"Ya sebab kaulah satu-satu harapan abang yang masih tinggal."

"Saya kan membantu sedaya upaya untuk selesaikan semua masalah abang dengan lancar..."

"Dengan lancar?"

"Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun dah saya semak semua hutang piutangnya. Insya ALLAH perniagaan dapat diteruskan. Abang jangan risau. Batu nisan yang mahal dah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah juga dah saya tentukan. Abang jangan takut, semuanya dah selesai saya uruskan."

"Bukan itu maksud abang. Itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut bersendirian di alam kubur. Berilah jalan penyelesaiannya. Sekian lama kau dapat selesaikan semua masalah abang, sekarang tolonglah abang macam biasa."

"Apa masalahnya, bang?"

"Sudikah kau temani abang di alam kubur?"

Isteriku yang kedua begitu terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. 

Harapanku hancur lebur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapa-kapa sendirian untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepi hati dan ngerinya nanti.

Tiba-tiba... "Tuk! Tuk! Tuk!"

Bunyi pintu diketuk.

"Assalamualaikum...bang."

Ahh...terlupa pula...aku masih punya satu isteri lagi - isteri pertama! Isteri tua yang tidak boleh ku sandarkan apa-apa harapan, jauh sekali untuk menyuntik sebarang semangat buatku.

"Wa'alaikumussalam," jawabku hambar.

Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti.Mustahil dia yang sering aku tinggalkan, yang sering aku pinggirkan sudi menemaniku.

"Terima kasih kerana abang masih sudi jumpa saya," katanya sebaik bersalaman. Hambar dan tawar aku rasakan. Tiada langsung rasa kasih syang di hati ini buat seorang isteri sepertinya.

Dia merenung mataku. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangan walaupun usianya sudah lanjut. 

"Abang, saya sanggup temani abang. Ke mana saja. Di mana juga. Saya sanggup temani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup temani abang di alam kubur!"

Huh...alangkah gembiranya hatiku! Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Terharu rasa hati ini dengan keikhlasannya.Ternyata dialah isteri sejati dan hakiki meskipun tiada tenaga, rupa dan idea. Ahh...mengapa hatiku buta selama ini?

Sahabat-sahabat, siapa 'aku' dalam cerita ini? Siapa lagi kalau bukan kita. Kitalah yang punya empat 'isteri'. Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Oleh itu, 'dia' kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum. serta dilindungi daripada sebarang penyakit.

Kita sangat sayang 'isteri pertama' ini. Masa, harta dan perhatian kita dihabiskan sepenuhnya untuk membelai fizikal dan anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.

Isteri ketiga kita pula ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga? Itu yang sering kita fikirkan. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah dan simpanan meningkat,kita belikan aset. KIta beli kereta besar, rumah cantik serta kelengkapan yang serba canggih.

Apabila berhadapan dengan tetamu yang datang bertandang, kita bangga memperagakan rumah, kereta dan segala aset pencarian kita. Segala-galanya menghadiahkan status sosial dan meningkatkan darjat kita di mata masyarakat. Ironis sekali, seolah-olah nilai kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki.

Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah tempat kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jumpa, jemput dan raikan dalam hidup. Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi. 
Isteri pertama ialah amal ibadat kita kepada ALLAH. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat, tunggu usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminallah (hubungan dengan ALLAH) dengan hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendapat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti 'isteri tua' yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.

Namun, akan tiba masa nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana 'isteri' yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah malangnya kesepian pada malam pertama di alam kubur sana  tanpa 'isteri' yang sudi mendakap kita?

Petikan daripada Di Mana DIA di hatiku? karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Read more...

Lokasi Pelawat

Kongsi