Uhibbuka ya Rasulullah SAW..Uhibbuka jiddan fillah.. Allah, tetapkan hati ku supaya hatiku tetap penuh dgn limpahan cinta, kasih, dan rindu pada-Mu dan kekasih-Mu, Nabi Muhammad S.A.W. Ameen..Read more...
Mujahid Fathi Yakan dalam karyanya Ma Za Ya'ni Intimai Li Al-Islam, menyatakan bahawa terdapat tiga jenis kategori manusia di dunia ini.
Kategori Pertama
Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka adalah golongan yang disebut sebagai ad-Dahriyyun. Sikap mereka dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam al-Quraanul Kareem yang bermaksud :
"Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): 'Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.'" (Al-An'am:29)
Kategori Kedua
Golongan yang hilang pedoman, terumbang-ambing, 'aqidah bersimpang-siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun, mereka masih menyangka mereka berbuat kebajikan. Meskipun mereka percaya kepada Allah SWT dan hari Qiamat, namun 'aqidah mereka hanyalah suatu gambaran luar sahaja, sedang mereka sebenarnya terputus hubungan dengan amalan-amalan mereka. Mereka sebenarnya hanya mengejar material duniawi walaupun kadang kala mereka kelihatan melakukan kerja-kerja kerohanian.
Kategori Ketiga
Golongan ketiga inilah sebaik-baik golongan manusia. Golongan yang menganggap bahawa dunia sebagai ladang bercucuk tanam, dan mereka akan menuai hasil tanaman mereka di akhirat kelak. Ini akan dapat dilakukan hanya dengan dorongan keimanan kepada Allah SWT yang solid. Mereka menyedari hakikat kehidupan yang bersifat sementara lantas mempersiapkan bekalan semampunya menuju ke akhirat.
Allah berfirman dalam surah Al-An'am , ayat 32 yang membawa maksud:
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
Bagi memastikan urusan kehidupan kita sentiasa berada di atas jalan yang diredhai-Nya, kita perlu sentiasa bermuhasabah bahawa tujuan tunggal kita dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Az-Zariyat: 56)
Dari sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besar perkara yang kita lakukan dalam kehidupan kita, lakukanlah kerana Allah SWT semata-mata. Moga kehidupan bernilai IBADAH...!
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan
We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying
Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied
We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied
My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you
Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
Salaamun 'alaykum warahmatullahi wabarakatuh. Sekadar ingin berkongsi pembacaan ana bersama antum/antunna..moga sama2 beroleh manfaatnya..
~ KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT ~
Kesalahan Pertama: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kesalahan Kedua: Bertudung tetapi berkemeja-T lengan pendek.
Kesalahan Ketiga: Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
Kesalahan Keempat: Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit, nipis lalu memaparkan bentuk kwasan-kawasan mudah "menggoda".
Kesalahan kelima:Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Kesalahan keenam: Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
Kesalahan ketujuh: Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada, daripada bertutup.
Kesalahan kelapan: Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah daripada firman Allah SWT yg bermaksud:
"...Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR..." (An Nur: 31)
Menurut Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi yang dimaksudkan perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, "...iaitu apa sahaja yang dipakai berhias dan untuk mempercantikkan tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, solekan dan sebagainya."
Dalam ayat suci di atas, Allah memerintahkan kepada orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu, para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti 'apa terzahir' itu serta ukurannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradhawi juga, ini tidak sama dengan solekan dan "cat-cat" yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang seperti gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Solekan ini dikategiorikan sebagai berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebabnya prempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Seorang Muslimah harus bersungguh-sungguh menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tersebut memmpunyai paras yang cantik yang sangat dikhuatir akan menimbulkan fitnah.
Kesalahan kesembilan: Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah hadith yang bermaksud: "Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no. 5043; Kanzul Ummal, no. 41245)
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku pada ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata, dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
Kesalahan kesepuluh: Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai bagi wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki memandangnya. Kita tidak tahu di manakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hati akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan." (Al-Ahzab:32)
sumber: Buku Untukmu Wanita, Zaharuddin Abd Rahman, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patok itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.